Skip to main content

Sukan

Liga Super: Pemain KL City lega tunggakan Januari 2026 selesai

Kapten Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya, mengakui lega apabila pihak pengurusan kelab menepati janji melunaskan tunggakan gaji bagi Januari 2026 sebelum perlawanan bertemu Terengganu di Gong Badak Jumaat lalu.
Zhafri turut mempercayai skuad Warga Kota itu berada di landasan terbaik bagi memastikan slot ke pentas pertandingan kelab Asia musim depan menjadi milik mereka. - StadiumAstro

KAPTEN Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya, mengakui lega apabila pihak pengurusan kelab menepati janji melunaskan tunggakan gaji bagi Januari 2026 sebelum perlawanan bertemu Terengganu di Gong Badak Jumaat lalu.

Ujar pemain tengah berusia 31 tahun itu, penting untuk dia dan rakan sepasukan meneruskan misi memburu kedudukan kedua Liga Super musim ini tanpa perlu memikirkan soal luar padang terutamanya isu gaji.

Advertisement

Zhafri turut mempercayai skuad Warga Kota itu berada di landasan terbaik bagi memastikan slot ke pentas pertandingan kelab Asia musim depan menjadi milik mereka.

Untuk rekod, selepas mengharungi 18 aksi, pasukan bimbingan Risto Vidakovic itu kini menghuni kedudukan ketiga hasil daripada 10 kemenangan, enam seri serta dua kali tewas sambil berkongsi 36 mata dengan Selangor di kedudukan kedua.

 "Alhamdulillah.

"Ia sudah diselesaikan oleh pengurusan. Saya sangat menghargai.

"Terima kasih kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, kerana memberi kata-kata motivasi buat kami," katanya.

Must Watch Video