Pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) khusus untuk negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan negeri sedia ada pernah berjanji untuk membina litar lumba untuk orang muda tetapi sudah hampir lima tahun memerintah, litar itu masih belum dibina.
"Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara saudari kita akan masukkan dalam manifesto di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang," katanya pada Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini pada Khamis.
Beliau berkata ada juga cadangan daripada Majlis Belia Negeri Kedah supaya kerajaan membantu golongan muda yang hendak berkahwin dalam hal kursus pra-perkahwinan.
"Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti.