SEGAMAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bagi memberi peluang kepada pelajar yang gagal memasuki universiti.
Kerajaan menyasarkan kira-kira 50,000 pelajar memasuki universiti melalui hasil jelajah di 50 lokasi yang melibatkan 90 parlimen tumpuan.
"Penilaian kemasukan ke universiti adalah berdasarkan kepada penilaian yang dibuat oleh komputer apabila mereka memohon UPU.
"Jadi status mereka, kedudukan mereka sama ada berada di pedalaman misalnya tidak dijadikan asas dalam membuat keputusan.
"Oleh sebab itu, kita membuat program ini dan hasilnya adalah ramai kalangan pelajar tersebut berjaya mendapat tawaran masuk ke universiti," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia di sini pada Ahad.
Ismail Sabri berkata, program itu sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Pendidikan Bumiputera yang dimulakan sejak tahun 2016.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada 2018, dan Pakatan Harapan (PH) kemudian memberhentikan program ini.
"Walaupun bertukar kerajaan, tetapi kerana COVID-19, kita tidak mampu untuk teruskan ketika itu, tetapi kita mulakan semula sekarang," ujar beliau.
Setakat ini, seramai 160,374 pelajar telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta agensi pendidikan tinggi melibatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia dijangka akan dimanfaatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) 2020 dan 2021.
"Yayasan Petronas juga akan menyalurkan sumbangan bagi membantu pelajar dalam program berkenaan.
"Selain itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan bantuan pelajaran kepada pelajar dari keluarga miskin dan asnaf," katanya lagi.
Justeru, Perdana Menteri mengalu-alukan bantuan dari mana-mana yayasan dan agensi bagi menjayakan usaha dalam memastikan pelajar ke menara gading.
Astro Awani
Sun Mar 06 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bagi memberi peluang kepada pelajar yang gagal memasuki universiti. - Foto Facebook/Mahdzir Khalid
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.