awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/10/2020
06:29 MYT
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif COVID-19 pada 15 Oktober selepas menjalani ujian saringan pengesanan sampel kedua.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua ujian pengesanan yang dilakukan Muhyidddin sepanjang tempoh kuarantin kendiri turut disahkan negatif.
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin kendiri pada 16 Oktober (Jumaat).
"Untuk makluman, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Oktober dan telah disahkan negatif pada 15 Oktober," demikian menurut kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan walaupun tempoh kuarantin kendiri tamat, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan terus dijalankan melalui sidang video.
“Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa COVID-19 di dalam negara,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menghadiri mesyuarat bersamanya disahkan positif COVID-19.
Dr Zulkifli dibenarkan keluar dari wad di sebuah hospital di Seremban, pada 14 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#ujian saringan
#Perdana Menteri
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan