awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Perancis lawat Malaysia Ahad ini

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2013
00:34 MYT
Perdana Menteri Perancis lawat Malaysia Ahad ini
Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault, dijadualkan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia Ahad ini.
Ia antara lain bertujuan meningkatkan kerjasama sedia ada dan merintis kerjasama beberapa bidang baru.
Pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga bakal membincangkan isu dua hala dan antarabangsa.
Dalam lawatan dua hari itu beliau juga dijadual melawat Sendayan Techvalley di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan merasmikan majlis pecah tanah projek pelaburan Perancis bernilai USD125 juta.
Selain itu Ayrault akan menghadiri forum ekonomi anjuran kedutaan besar Perancis dengan kerjasama dewan perniagaan dan industri Malaysia-Perancis.
Lawatan Ayrault dilihat sebagai komitmen Perancis di bawah pentadbiran Presiden Francois Hollande untuk mengukuhkan lagi hubungan politik dengan malaysia.
Ia akan memberi peluang delegasi perniagaan Perancis bertemu dengan ahli perniagaan tempatan bagi menerokai kerjasama perniagaan.
Lawatan rasmi yang terakhir pernah dilakukan oleh Perdana Menteri Perancis ke Malaysia ialah oleh Pierre Mauroy pada 1982.
Topic Berkaitan
#Jean-Marc Ayrault
#Najib Razak
#Negeri Sembilan
#Perancis
#Perdana Menteri
#Sendayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan