awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pereka fesyen dan pemilik Cosry, Putra Aziz meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2021
16:05 MYT
Pereka fesyen dan pemilik Cosry, Putra Aziz meninggal dunia
Allahyarham Putra disenangi dalam kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang kreatif, peramah dan pemurah. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pereka fesyen dan pengasas bersama Cosry, Putra Aziz, 45 dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam, Khamis, di ibu negara.
Berita pemergian Allahyarham disahkan dengan perkongsian di laman Facebook rasmi Cosry pada malam Khamis.
Menurut sumber yang rapat dengannya, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu.
Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004. Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka.
Rekaan fesyen Allahyarham mula mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen. Perniagaan mereka berkembang dan Allahyarham serta Ariff berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur.
Allahyarham pernah bekerjasama dengan selebriti tempatan termasuk Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani dan Erra Fazira, dan ramai lagi.
Pada bulan Oktober 2010, jenama Cosry diberi tanggungjawab mengemudi majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mod Yunos.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disemadikan esok di Tanah Perkuburan Islam Segambut pada 9 pagi esok (Jumaat).
Al-Fatihah ...
Topic Berkaitan
#Putra Aziz meninggal dunia
#Jenama fesyen Cosry
#Tanah Perkuburan Islam Segambut
#Ariff Quasry Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan