awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pereka grafik didakwa sebabkan kematian teman wanita

Bernama
Bernama
25/07/2023
09:50 MYT
Pereka grafik didakwa sebabkan kematian teman wanita
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menetapkan 25 Sept untuk sebutan semula kes. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pereka grafik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian teman wanitanya yang berusia 24 tahun, awal bulan ini.
Sean Edward Kenneth Quinn, 30, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dan tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Radzuan di sebuah unit kondominium di Jalan Damansara di sini pada 3 pagi, 12 Julai lepas.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menetapkan 25 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan manakala tertuduh diwakili peguam Vivek Sukumaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pereka grafik
#Mahkamah Majistret
#Edward Kenneth Quinn
#Nurin Najmina Mohd Radzuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan