SUKAN
Pergaduhan bola sepak: Dua pasukan didenda, pengurus digantung lima tahun

Media sebelum ini melaporkan, insiden rusuhan berlaku ketika separuh masa kedua perlawanan bola sepak Liga Integriti Hilir Perak 2025 membabitkan dua pasukan iaitu Padang Tembak FC dan Jenderata FC. - Gambar fail
IPOH: Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak (PBDHP) mengenakan tindakan tegas terhadap dua pasukan yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan antara Padang Tembak FC dan Jenderata FC di Padang Speedy, Teluk Intan pada 7 Ogos lalu.
Ringkasan AI
- PBDHP mengenakan denda RM3,000 kepada Padang Tembak FC dan Jenderata FC, pengurus Padang Tembak FC digantung lima tahun, manakala pemain terlibat digantung tiga tahun daripada liga.
- Keputusan perlawanan dikekalkan kerana melepasi dua pertiga masa permainan, dan kedua-dua pasukan diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
- Polis menahan tujuh individu termasuk pengurus dan pemain berdasarkan rakaman video tular, lima pemain telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan di bawah Seksyen 160 dan 323 Kanun Keseksaan.
Selain itu, pemain kedua-dua pasukan yang terlibat dalam pergaduhan turut digantung daripada sebarang penyertaan dalam liga selama tiga tahun.
Bagaimanapun, keputusan perlawanan tersebut dikekalkan kerana sudah melepasi dua pertiga masa permainan.
"Kedua-dua pasukan boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat dikeluarkan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, berlaku insiden rusuhan ketika separuh masa kedua perlawanan bola sepak Liga Integriti Hilir Perak 2025 membabitkan dua pasukan iaitu Padang Tembak FC dan Jenderata FC.
Insiden kekasaran mula berlaku apabila seorang pemain melakukan tackle keras terhadap pemain lawan yang seterusnya mencetuskan pertelingkahan dan pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan telah menahan tujuh suspek terlibat membabitkan pengurus pasukan serta pemain kedua-dua pasukan yang dikesan berdasarkan rakaman video tular dan nombor jersi dipakai.
Khamis lalu, lima daripada pemain terlibat telah dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan kes masing-masing di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 kanun sama. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami