KUALA LUMPUR: Prestasi trafik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk keseluruhan rangkaian lapangan terbangnya mendapat tarikan pada Mei 2022, mencatatkan pergerakan penumpang tertinggi setakat ini melepasi paras tujuh juta buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.
Menurut pengendali lapangan terbang itu, pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik, masing-masing mencatatkan trafik tertinggi pada tahun ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MAHB berkata pergerakan penumpang antarabangsa di Malaysia adalah menggalakkan, mencecah jumlah satu juta pada Mei 2022, hanya dalam tempoh sebulan selepas pembukaan semula sempadan.
"Lanmei Airlines, syarikat penerbangan berjadual baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mula beroperasi pada 28 Mei, dengan kekerapan sekali seminggu dan merancang untuk meningkat kepada tujuh kali seminggu.
"IndiGo Airlines, Jin Air, Thai Smile Airways, Royal Brunei dan Philippine AirAsia telah beroperasi semula pada Mei.
"Sementara itu, AirAsia, Himalaya Airlines, Indonesia AirAsia, Jetstar Asia, Oman Air, Saudi Arabian Airlines, Scoot Airlines, Thai AirAsia, Thai Airways, US Bangla, Vietjet dan Vietnam Airlines turut meningkatkan kekerapan, menyumbang kepada tambahan 209 kekerapan mingguan pada Mei," katanya.
Bagi pergerakan penumpang domestik, pengurus lapangan terbang itu berkata ia adalah sama menggalakkan, mencecah lebih tiga juta penumpang atau 91 peratus daripada paras sebelum COVID.
"Pertumbuhan itu didorong oleh sambutan Aidilfitri pada awal Mei dan sambutan musim menuai Sabah dan Sarawak pada akhir bulan.
"Momentum trafik pada Mei turut berterusan hingga Jun dengan peningkatan 11 peratus dalam purata pergerakan penumpang harian kepada 163,000," katanya.
Sementara itu, MAHB berkata pergerakan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (SGIA) Istanbul juga terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, didorong oleh trafik percutian, laluan syarikat penerbangan dan peningkatan kapasiti.
"Pergerakan penumpang antarabangsa mencatatkan jumlah tertinggi setakat ini pada 2022, mencatatkan 1.2 juta penumpang.
"Anadolujet dan Pegasus memulakan perkhidmatan baharu ke Milan-Bergamo dan Helsinki dengan penerbangan harian dan empat kali seminggu, masing-masing pada 16 dan 26 Mei," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Menurut pengendali lapangan terbang itu, pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik, masing-masing mencatatkan trafik tertinggi pada tahun ini. - Astro AWANI

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Tahanan tertua Palestin maut dalam penjara Israel
Sa'deya Farajallah, ibu kepada lapan anak berasal dari bandar Hebron, Tebing Barat itu meninggal dunia di penjara Damon di utara Israel.

Pergerakan penumpang melebihi paras 7 juta pada Mei, tertinggi dalam tempoh dua tahun - MAHB
Prestasi trafik MAHB untuk keseluruhan rangkaian lapangan terbangnya mendapat tarikan pada Mei 2022.

MAHB sedang muktamadkan perjanjian operasi baharu dengan kerajaan
MAHB berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian operasi baharu serta perjanjian pajakan tanah.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

CGS-CIMB kekal pandangan 'overweight' terhadap sektor penerbangan
Pemansuhan ujian COVID-19 kepada pelancong yang telah divaksin mulai 1 Mei mengurangkan kos dan risiko kepada perjalanan antarabangsa.

MAHB berjaya terbit Sukuk Wakalah Kanan RM800 juta
Tawaran dwi-tranche itu terdiri daripada sukuk RM500 juta 3 tahun dan sukuk RM300 juta 5 tahun.

Trafik antarabangsa MAHB meningkat 52 peratus, dipacu pembukaan semula sempadan
Peningkatan 420,000 pergerakan penumpang antarabangsa direkodkan susulan pelaksanaan pelbagai program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin.

10,000 kakitangan sedia beri perkhidmatan, terima kekerapan trafik udara tinggi - MAHB
Pihaknya tidak melakukan tindakan pemberhentian pekerja, justeru, MAHB kini bersedia menyambut ketibaan penumpang udara.

MOT, MAVCOM, MAHB sedia pertimbang permohonan tambah frekuensi penerbangan
Ia juga termasuk pengoperasian perkhidmatan kawalan trafik udara serta melanjutkan waktu operasi lapangan terbang pada musim perayaan.

Sistem Aerotrain, pengendali bagasi KLIA akan diganti tahun ini - MAHB
Ia sebagai usaha untuk memberi nafas baharu kepada perkhidmatan di lapangan terbang tersebut.

Aset usang MAHB dapat dihidupkan semula selepas pembukaan semula sempadan negara
Peningkatan aliran trafik udara negara akan memulihkan semula imbangan kewangan MAHB untuk mereka menambah baik kualiti perkhidmatan.