awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergerakan tanah dikesan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
13/08/2022
08:19 MYT
Pergerakan tanah dikesan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Kementerian Kerja Raya tidak menolak kemungkinan akan berlakunya kejadian pergerakan tanah di Jalan Simpang Pulai Blue Valley, Daerah Kinta, Perak menuju ke Cameron Highlands, Pahang, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.
IPOH: Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak menolak kemungkinan akan berlakunya kejadian pergerakan tanah yang boleh mendedahkan kepada risiko tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai – Blue Valley, Daerah Kinta, Perak menuju ke Cameron Highlands, Pahang.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, aktiviti penanaman haram yang semakin berleluasa di kawasan tanah tinggi itu menjadi ancaman kepada berlakunya cerun runtuh.
Meskipun begitu, KKR, kata beliau, telah meluluskan peruntukan sebanyak RM120 juta bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan.
“Di sinilah teknologi seperti pengesanan atau sensor akan digunakan, untuk memantau pergerakan tanah tetapi cabarannya ialah bagaiamana kita ingin mengenalpasti aliran air di bawah tanah.
“Ini kerana infrastruktur kita musuh utamanya ialah air, kalau air tidak diuruskan dengan baik, ia akan menyebabkan kedudukan tanah itu lemah sehingga boleh mengakibatkan runtuhan,” jelasnya dalam sidang media Program FTRoadpedia Zon Timur 3.0 di ibu pejabat Jabatan Kerja Raya Ipoh, di sini, pada Sabtu.
Selaras itu, beliau mencadangkan supaya menjemput pakar-pakar dari Jepun dan pakar tempatan bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko menguruskan tanah tinggi.
“Ia untuk kita mengurangkan risiko menguruskan tanah tinggi kita khususnya menjaga infra kita di kawasan tanah tinggi dan ini jadi cabaran utama.
“Kerja penyenggaran memang kita buat tetapi pada masa sama kalau berlaku runtuhan, peruntukan yang begitu besar diperlukan untuk kita baik puliih.
“Bayangkan di Jalan Simpang Pulai dan Jalan Lojing itu kalau berlaku runtuhan jalan terputus, minta dijauhkan sebab kosnya besar diperlukan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fadillah melakukan tinjauan bagi melihat kerja pembaikan cerun di FT185 Seksyen 27.0, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sebagai sebahagian daripada lokasi program turun padang.
Ia sebagai sebahagian daripada lokasi tinjauan di bawah Program Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 yang menelusuri tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perak yang berlangsung sehingga Sabtu.
Mengulas mengenai kemajuan pembaikan yang melibatkan kerja tanah, penanaman rumput Hydroseeding itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menjelaskan, ia berada pada kadar 41 peratus dan dijangka siap menjelang November tahun ini.
Topic Berkaitan
#pergerakan tanah
#Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
#Kementerian Kerja Raya
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan