awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perginya Iban Tracker terakhir, Datuk Dr Awang Raweng

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2020
11:58 MYT
Perginya Iban Tracker terakhir, Datuk Dr Awang Raweng
Pahlawan negara Datuk Awang Raweng meninggal dunia pada usia 104 tahun Jumaat lepas. - Gambar BERNAMA
Pemergian perwira Datuk Awang Raweng adalah merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Pejuang ‘Iban Tracker’ terakhir ini pernah mencurahkan bakti bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh pada satu ketika dahulu.
Menurut mantan Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Veteran Negeri Sarawak, Leftenan Kolonel Dongin anak Resit, mendiang adalah seorang pejuang yang berdedikasi dalam tugasnya dan sukar untuk diganti.
“Dia pernah berkhidmat bersama tentera British.
“Setiap tahun dipanggil ke England untuk menghadiri majlis bersama ratu England, Queen Elizabeth.
“Ini kerana beliau pernah bertempur dan menentang komunis di Malaya sebelum Sarawak menyertai gagasan Malaysia,” katanya.
Turut hadir pada majlis penghormatan terakhir mendiang di Dewan Suarah Kuching, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing
Beliau menyifatkan pengorbanan dan keberanian mendiang menentang musuh tidak ternilai harganya.
“Demi keselamatan negara, dia sanggup berjuang menentang komunis.
“Meskipun cedera dan hampir kehilangan nyawa, dia tetap bersemangat menentang musuh.” ujarnya.
Mendiang Awang Raweng menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Sri Aman pada pukul 2.15 petang, Jumaat lepas pada usia 104 tahun.
Jasad mendiang akan dibawa ke Gereja St. Thomas, Kuching sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan di Taman Budaya, Kuching.
Mengimbau kembali sejarah sebelum merdeka, mendiang merupakan salah seorang anggota ‘Iban Tracker’ yang ditugaskan di Tanah Melayu sekitar Disember 1950 sebelum diserapkan ke dalam Regimen Hutan Worcestershire dan Sherwood bersama tentera British.
Mendiang pernah bertempur dengan kira-kira 50 komunis di hutan Kluang, Johor bagi menyelamatkan tentera British yang cedera.
Atas pengorbanan dan bakti yang dicurahkan, mendiang dianugerahkan Pingat George Cross oleh Ratu England pada November 1951.
Mendiang turut menerima Anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada 2018 dan Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada 2011.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Datuk Dr Awang Raweng
#Iban Tracker
#mantan Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Veteran Negeri Sarawak Leften
#Pejuang Negara
#Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing
#Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan