awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Mama tak kelip mata" - Kehadiran Syed Saddiq, Bella di konsert Siti Nurhaliza curi tumpuan
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Iran
Maritim pintas 27 PATI cuba masuk Malaysia naik kapal nelayan, tekong terjun laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergolakan politik di Semenanjung tidak gugat Sarawak - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
10:01 MYT
Pergolakan politik di Semenanjung tidak gugat Sarawak - Abdul Karim
Abdul Karim yakin jentera GPS sudah bersedia mempertahankan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) yang lepas. FOTO: Astro AWANI
KUCHING: Pergolakan politik dan demonstrasi rakyat di Semenanjung sesekali tidak akan mempengaruhi kepercayaan rakyat Sarawak terhadap kerajaan negeri.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membuktikan ketelusan dalam pentadbiran dan politiknya secara konsisten.
‘’Saya tidak melihatnya dari segi perspektif itu kerana kIta di Sarawak fokus kita agak berlainan dan cara kita melihat politik itu berlainan.
‘’Kalau kita lihat apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia, minta maaf semuanya agak rojak, apa-apa isu berlaku semua dijadikan isu politik, baik nak pergi kuil ataupun isu berkenaan SPRM semua nak dipolitikkan.
‘’Bagi kita apa yang berlaku di sana biarlah begitu, tapi sekiranya PRU diadakan, kita akan akur,’’ katanya selepas Majlis Amanat Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan di Hotel Waterfront pada Sabtu.
Ditanya soal pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau yakin jentera GPS sudah bersedia mempertahankan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) yang lepas.
Namun segala keputusan terserah kepada Perdana Menteri atau parti di peringkat pusat mengenai tarikh pelaksanaannya.
‘’Bagi Sarawak kita tidak akan menghadapi masalah (kerana) kita baru sahaja melalui PRN dan keputusan kita sangat cemerlang.
‘’Jadi sekiranya PRU diadakan, Sarawak memang cukup bersedia kerana kita hanya perlu mengaktifkan kembali jentera kita (GPS).
‘’Namun segalanya terpulang kepada Perdana Menteri dan juga parti di Semenanjung, sekiranya mereka merasakan sudah tiba masanya, maka bubarkanlah parlimen dan kita akan ikut sama,’’ tambahnya.
Topic Berkaitan
#Gabungan Parti Sarawak
#pergolakan politik
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#PRU15
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan