awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akta 672: SWCorp Johor laksana operasi menyeluruh tidak kira status warganegara
Pulau Pinang tidak terjejas isu durian klon, penanaman Musang King matang dan terkawal
Tiada jejak harimau dikesan di Proton City - Perhilitan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Mama tak kelip mata" - Kehadiran Syed Saddiq, Bella di konsert Siti Nurhaliza curi tumpuan

Faida Rahim
Faida Rahim
11/01/2026
06:45 MYT
"Mama tak kelip mata" - Kehadiran Syed Saddiq, Bella di konsert Siti Nurhaliza curi tumpuan
Syed Saddiq dan Bella menaiki LRT menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto IG Natashaatika
KUALA LUMPUR: Kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ahli keluarganya di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapat perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di platform TikTok pada Ahad, beliau berkongsi pengalaman membawa ibunya, menghadiri konsert biduanita negara itu malam tadi.
Dalam video yang dimuat naik dengan kapsyen “POV: You bring your mum pergi concert Tok Ti”, Syed Saddiq memaklumkan ibunya 'tidak berkelip mata' sepanjang persembahan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang merupakan idola ibunya sejak dahulu.
"Idola sepanjang hayat dia, di atas pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza," tulis Syed Saddiq.
Lebih menarik perhatian, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kerana membantu memastikan kehadiran mereka ke konsert berkenaan, yang menyaksikan puluhan ribu peminat berhimpun meraikan tiga dekad perjalanan seni Siti Nurhaliza.
"Terima kasih Bella Astillah kerana merealisasikan hal ini," katanya.
Dalam masa sama, peminat juga teruja ternampak Syed Saddiq dan Bella menaiki LRT menuju ke stadium sebelum itu.
Dalam pada itu, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap hormat dan kelembutan Syed Saddiq terhadap ibunya.
Ada yang menyifatkan gaya beliau hadir ke konsert itu sebagai “cara sopan BASS dating”, selain menyatakan rezeki ibunya yang dibantu “bakal menantu” dalam menyelesaikan urusan tiket.
Turut mencuri perhatian, komen netizen yang menyamakan raut wajah Bella Astillah dengan Siti Nurhaliza, sambil menganggap pertemuan dan aturan kehidupan itu sebagai sesuatu yang indah.
"Mama peminat tegar Tok Ti, Allah hadirkan bakal menantu wajah iras Tok Ti, aturan Allah itu cantik. Masya Allah," tulis seorang pengguna Threads.
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love menjadi penanda usia karier seninya yang kini menjengah tiga dekad yang menyaksikan Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu-lagu popularnya dari setiap era.
Topic Berkaitan
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Bella Astillah
#Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami