awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan buru beruk liar cederakan wanita di Taman Tasik Taiping

Bernama
Bernama
24/04/2021
16:24 MYT
Perhilitan buru beruk liar cederakan wanita di Taman Tasik Taiping
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita. - Gambar hiasan/Pixabay
TAIPING: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita di Taman Tasik Taiping pada Sabtu.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata sepasukan anggota telah dikerah mencari beruk itu selepas menerima laporan orang awam mengenai kejadian mangsa cedera di betis kiri akibat dicakar haiwan tersebut ketika berjoging.
"Kita telah menghantar anggota ke kawasan itu tetapi tidak menjumpai beruk tersebut. Saya percaya haiwan berkenaan telah melarikan diri dan pihak kami akan melakukan tindakan untuk menangkapnya," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kejadian itu turut tular di media sosial dan orang ramai diminta berhati-hati ketika bersiar di kawasan riadah terbabit bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan Perak
#beruk
#Taman Tasik Taiping
#Yusoff Shariff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan