awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan pindahkan dua gajah lagi ke habitat bersesuaian

Bernama
Bernama
25/07/2025
22:40 MYT
Perhilitan pindahkan dua gajah lagi ke habitat bersesuaian
Perhilitan pada Jumaat memindahkan dua ekor gajah yang ditangkap di Kampung Sri Lukut, Kahang Kluang ke habitat baharu yang lebih sesuai dalam proses pemindahan yang mengambil masa selama lima jam. - Facebook Ling Tian Soon
JOHOR BAHRU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam memindahkan dua ekor gajah yang ditangkap di Kampung Sri Lukut, Kahang Kluang ke habitat baharu yang lebih sesuai.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon berkata gajah itu merupakan antara sembilan yang ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Tangkapan dan Translokasi Gajah yang dilancarkan 14 Julai lepas.
Beliau berkata empat ekor gajah telah dipindahkan ke lokasi sesuai pada 23 Julai manakala seekor anak gajah dibawa ke Pusat Santuari Gajah (JES) di Kota Tinggi untuk dipelihara dan dilatih menjadi gajah penunjuk arah.
Baki dua ekor gajah lagi akan dipindahkan pada 28 Julai ini.
"Operasi pemindahan terbesar dalam sejarah negeri ini turut mendapat bantuan unit khas gajah dari negeri lain dan diharapkan dapat mengurangkan konflik manusia-gajah di kawasan yang terjejas.
"Selepas operasi ini selesai, Perhilitan akan meneruskan kerja-kerja pemindahan gajah di kawasan lain sekitar daerah Kluang," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Beliau berkata proses pemindahan semalam mengambil masa selama lima jam.
Sebelum ini, Perhilitan dilaporkan memaklumkan sebanyak 699 aduan berkaitan konflik hidupan liar melibatkan gajah telah diterima di Johor bagi tempoh 2020 hingga 2024.
Daripada jumlah itu, sebanyak 228 aduan direkodkan di Kluang, menjadikan daerah ini antara lokasi panas konflik gajah di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#gajah
#Ling Tian Soon
#Operasi Bersepadu Tangkapan dan Translokasi Gajah
#pemindahan gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan