awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan tangkap gajah liar masuk kampung di Jerteh

Bernama
Bernama
30/01/2022
09:48 MYT
Perhilitan tangkap gajah liar masuk kampung di Jerteh
Sebelum ini gajah berkenaan juga didapati pernah menghampiri kawasan perumahan, Taman Saujana yang terletak berdekatan kampung tersebut. - Gambar/ Bernama
JERTEH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor gajah jantan liar di Kampung Padang Tapong, di sini semalam.
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung gajah liar yang dilihat berkeliaran di sekitar kampung berkenaan sebelum ini.
"Kakitangan Perhilitan Terengganu berjaya menangkap gajah tersebut pada 2.15 petang selepas tidak lama usaha mengesannya dilakukan.
"Gajah jantan dianggarkan berusia 15 tahun dengan berat kira-kira dua tan itu dipercayai datang dari Hutan Simpan Pelagat yang terletak berdekatan kampung itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Loo berkata gajah tersebut dijangka akan dipindahkan dengan bantuan gajah denak yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu, Rabu ini.
Sementara itu seorang penduduk Mohd Zulkifli Ismail, 61, berkata dia berasa lega selepas gajah tersebut berjaya ditangkap oleh Perhilitan.
"Banyak tanaman pisang, nanas, nangka dan getah di kebun saya yang terletak kira-kira 200 meter dari jalan raya di kampung ini dimakan dan dirosakkan haiwan tersebut sejak tiga hari lepas.
"Disebabkan ada gajah berkeliaran, saya juga bimbang untuk ke kebun kerana khuatir ia masih bersembunyi di dalam semak berhampiran," katanya menambah beberapa kebun penduduk lain turut dimusnahkan gajah liar tersebut termasuk kawasan tanaman kelapa sawit.
Menurut beliau, sebelum ini gajah berkenaan juga didapati pernah menghampiri kawasan perumahan, Taman Saujana yang terletak berdekatan kampung tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Kampung Padang Tapong
#jerteh
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan