Sebanyak 38,236 aduan gangguan hidupan liar dilaporkan penduduk di seluruh negara kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak 2012 hingga tahun lepas.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri berkata daripada jumlah itu, aduan gangguan hidupan liar melibatkan spesies kera adalah yang tertinggi iaitu 23,433 aduan diikuti babi hutan 4,662 dan gajah 2,538 aduan.
"Antara gangguan hidupan liar yang menjadikan konflik antara manusia dan hidupan liar termasuk pembukaan kawasan penempatan serta pembangunan pesat berhampiran habitat mereka sehingga mengakibatkan hidupan liar memusnahkan tanaman dan masuk ke kawasan kediaman.
"Keadaan ini memberi kesan kepada kelangsungan kehidupan bagi hidupan liar terutama dari segi mendapatkan sumber makanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kesejahteraan Rakyat, Kawalan Gangguan Hidupan Liar di sini pada Ahad.
Turut hadir Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Hashim.
Beliau berkata melalui statistik tersebut, Selangor mencatatkan negeri tertinggi menerima aduan gangguan hidupan liar iaitu sebanyak 8,259 kes, diikuti Johor 6,274 kes dan Perak 3,968 kes.
Hamim yang juga Anggota Parlimen Ledang berkata Perhilitan menerima sebanyak 7,451 aduan gangguan hidupan liar di seluruh negara pada tahun lepas berbandiang 6,767 aduan pada 2016.
Katanya kementeriannya kini sedang meneliti satu akta baharu bagi mengawal pembangunan agar impaknya ke atas alam sekitar dan hidupan liar dapat dikurangkan.
Beliau berkata pihaknya dalam proses untuk membawa perkara ini ke kabinet bagi membolehkan semua jenis pembangunan termasuk projek besar seperti jalan raya, lebuh raya, rel keretapi dan bangunan mega mesti mendapat ulasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar terlebih dahulu.
Pada majlis itu Jabatan Perhilitan menyerahkan sebanyak 10 unit perangkap kera kepada lima mukim di parlimen Ledang iaitu Kundang-Teluk Rimba, Serom, Gersik, Kesang dan Sagil sebagai inisiatif khas pengurusan konflik hidupan liar antara kerajaan dan masyarakat.
Beliau berkata dalam tempoh lima tahun hingga 2017, anggaran kerugian akibat konflik manusia dan hidupan liar membabitkan tanaman, ternakan dan kediaman berjumlah lebih RM16.41 juta dan daripada jumlah itu gajah merupakan spesies yang paling tinggi menyebabkan kerugian iaitu membabitkan lebih RM13.03 juta atau 79.4 peratus.
"Kita harap usaha yang dilakukan antara kerajaan dan masyarakat dapat membantu mengawal kerosakan pada hasil tanaman dan ternakan, sekali gus mengurangkan kerugian serta kesejahteraan penduduk di setiap kawasan lebih selamat dan terjamin," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan mengenai konflik hidupan liar boleh menghubungi talian Perhilitan 1-800-88-5151 atau membuat e- aduan melalui laman web jabatan berkenaan www.wildlife.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 04 2018
Gajah merupakan antara spesies binatang liar yang paling tinggi menyebabkan kerugian. - Gambar fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menggesa amalan pemberian makanan menggunakan sisa dapur dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) jadi punca jangkitan ASF.
DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.
MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.
Terbongkar! Virus ini punca lebih 1,000 babi mati secara misteri di Bali
Pihak berkuasa Bali mengesahkan pulau tersebut terjejas akibat demam babi Afrika (ASF) susulan kematian kira-kira 1,000 ekor haiwan tersebut, sejak beberapa bulan lalu.
Polis tahan lelaki lempar bungkusan berisi daging babi ke perkarangan masjid
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal hari ini.
Tiada laporan ternak babi secara haram di N. Sembilan - Pengarah Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di Negeri Sembilan.
Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
Pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya.
Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok
Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal.
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim?
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim menurut sumber dari www.halal.gov.my
Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury?
Apakah caranya untuk mengembalikan keyakinan umat Islam kepada logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?