Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kali kedua membuka tirai dengan pembukaan serentak perhimpunan agung tahunan sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) malam ini.
Majlis perasmian perhimpunan sayap parti itu akan disempurnakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Secara keseluruhan, kira-kira 1,600 perwakilan Srikandi dan Armada akan menghadiri perhimpunan sayap parti yang berakhir petang esok.
Turut dijadual diadakan hari ini ialah mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti dipengerusikan Muhyiddin.
Selesai perhimpunan Srikandi dan Armada, malam esok bakal berlangsung acara perasmian PAT parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu yang akan disempurnakan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir dijadual menyampaikan ucapan dasar di Dewan Plenary PICC dengan kehadiran kira-kira 1,550 perwakilan daripada 135 bahagian Bersatu di seluruh negara.
PAT Bersatu bersambung pada Ahad dengan ucapan oleh Muhyiddin selain sesi perbahasan oleh perwakilan.
Kemuncak PAT itu menyaksikan pemimpin parti termasuk Dr Mahathir dan Muhyiddin menyampaikan ucapan penangguhan masing-masing.
PAT Bersatu dari 28 hingga 30 Dis itu kali pertama diadakan selepas PH menerajui kepimpinan negara susulan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu.
Bernama
Fri Dec 28 2018
Para petugas melakukan kerja-kerja persiapan akhir sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali kedua 2018 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - fotoBERNAMA
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM beri tekanan kepada pembangkang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang.
Kalau itu duit haram, kenapa saya perlu buat laporan polis? - Syed Saddiq
Syed Saddiq sudah arahkan pegawainya buat laporan polis berhubung fitnah ambil duit parti, serta dikaitkan dengan seorang wanita.
Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq
Armada Bersatu Malaysia mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri.
'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.
Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu
Syed Saddiq secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pentingnya penyatuan, pendidikan untuk dunia Islam - Syed Saddiq
Tanpa satu suara yang kuat, sukar untuk langkah seterusnya diambil, apatah lagi melaksanakan gerak kerja yang sistematik dan efektif.
Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.