awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/11/2018
06:24 MYT
Perhimpunan bantah ICERD: Jangan emosi, elak ancam perpaduan kaum - Mujahid
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ucapan semasa sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018, di Putrajaya. - Astro AWANI/Shahir Omar
Jangan menggunakan emosi atau memainkan isu perkauman di dalam pehimpunan bantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mahu dianjurkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Beliau mengulas mengenai satu perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli Pas dan UMNO yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini.
"Negara ini demokrasi, tidak semua pandangan itu bersetuju dengan pandangan kerajaan dan kita beri ruang.. dan saya nasihatkan sebagai rakyat kita kena sensitif jangan sampai jadi isu agama ataupun perkauman.
"Jika mereka mahu berhimpun, dan bercakap pandangan mereka, silakan. Tapi jangan guna emosi untuk menggugat dan mengancam isu agama dan perkauman,” katanya yang ditemui pemberita pada Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 di Putrajaya, hari ini.
Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah, Perak dilapor berkata, perhimpunan itu bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut menyatakan rundingan telah dibuat dua minggu lalu mengenai ICERD dan semua pihak berkepentingan telah dipanggil untuk menghadirinya.
Malah, rundingan buat kali kedua akan diadakan sekiranya perlu selepas melihat kepada semua maklum balas.
“Perdana Menteri telah mengambil langkah awal dengan menyatakan bahawa apa yang kita nak buat perlu ada rundingan dan persetujuan.
"Saya telah buktikan bahawa dua minggu lalu, saya telah memanggil semua pihak yang mempunyai pandangan dalam isu ICERD apa sahaja pandangan mereka dibincangkan dalam bentuk harmoni dan lebih objektif serta mencatit pandangan tersebut untuk dijadikan input yang bermanfaat,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi
#bantah
#ICERD
#Mujahid Yusof Rawa
#PAS
#perhimpunan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan