awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Perhimpunan 'Blackout505' diteruskan walaupun dapat amaran

Teoh El Sen
Teoh El Sen
25/05/2013
16:20 MYT
Perhimpunan 'Blackout505' diteruskan walaupun dapat amaran
Perhimpunan Suara Rakyat 505 di Dataran Petaling Jaya malam Sabtu dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) meskipun polis telah memberi amaran tegas untuk menghindari perhimpunan itu.
Laporan beberapa laman web telah meletak anggaran mereka yang hadir sekitar 5,000 hingga 20,000 orang, namun penganjur mendakwa mereka yang berhimpun mencecah sehingga 50,000 orang.
Antara yang berucap pada perhimpunan itu adalah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Bersih 2.0 S. Ambiga, dan empat individu yang disiasat bawah Akta Hasutan: Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghaffar.
Acara yang bermula 5 petang dan berakhir sekitar tengah malam Sabtu itu dikatakan adalah yang terakhir yang akan dianjur oleh PR.
Pengacara program Ekhsan Bukharee Badrul Hisham daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dilaporkan berkata tiga tujuan utama perhimpunan itu diadakan adalah:
• Untuk menyeru pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meletak jawatan • Untuk menuntut pilihan raya semula di kawasan-kawasan di mana penipuan telah didakwa berlaku • Untuk menyokong tribunal Bersih untuk menyiasat dakwaan penipuan undi
Perhimpunan yang sama sebelum ini telah berlangsung di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Kuantan, Johor, Seremban, Kuala Terengganu, Melaka, Kedah, Perak.
Polis telah memberi amaran bahawa perhimpunan hari ini adalah "haram" kerana polis tidak pernah menerima notis 10 hari seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkata bahawa mereka yang tidak mematuhi akta itu akan "membayar harga yang berat" bagi kesalahan mereka.
Topic Berkaitan
#amcorp
#blackout505
#Pakatan Rakyat
#penipuan
#Petaling Jaya
#Pilihan Raya ke-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami