awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
Anker Malaysia umum penarikan semula 4 model powerbank
SUKAN
Piala Dunia Kelab: Chelsea belasah Benfica dalam perjalanan ke suku akhir
GADGETS
Instagram, TikTok bangunkan aplikasi mesra kaca televisyen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Perhimpunan di ibu negara: Polis terima tiga laporan

Bernama
Bernama
28/06/2025
22:10 MYT
Sponsor Banner
Perhimpunan di ibu negara: Polis terima tiga laporan
Sulizmie Affendy berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(5) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menerima tiga laporan berkaitan insiden semasa perhimpunan di ibu negara petang semalam termasuk pergelutan yang menyebabkan seorang anggota polis cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata perhimpunan itu, yang disertai kira-kira 100 orang, bermula pada 3.02 petang di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum berarak ke Dataran Merdeka, Jalan Raja.
Beliau berkata pada kira-kira 4.30 petang, seorang peserta bertindak membakar suar sehingga mengakibatkan kepulan asap tebal yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan peserta lain, petugas keselamatan serta orang awam di kawasan sekitar.
"Polis mengambil tindakan pencegahan untuk mengawal keadaan namun berlaku sedikit pergelutan antara peserta dan petugas Op Aman sehingga menyebabkan seorang petugas mengalami kecederaan ringan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Sulizmie Affendy berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(5) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan tampil menyalurkan maklumat berkaitan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di 03-2600 2222.
Difahamkan, himpunan itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan bersama persatuan mahasiswa beberapa universiti tempatan dengan matlamat meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan membanteras rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhimpunan
#Dataran Merdeka
#pergelutan
#polis cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami