TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 4.8 (M4.8) melanda timur Jepun awal Khamis, dengan gegaran dirasai di Wilayah Chiba, menurut agensi cuaca, lapor Kyodo News.
Gempa pada 4:13 pagi itu berpunca di bahagian timur laut wilayah tersebut pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, mencatatkan 4 pada skala keamatan seismik Jepun di Asahi, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Gegaran turut dirasai di wilayah jiran, termasuk Ibaraki.
Kira-kira tiga jam kemudian, gempa bumi dengan magnitud awal 4.0 menggegarkan Prefektur Ibaraki, merekodkan 3 pada skala keamatan seismik di Hitachiomiya.
Tiada tsunami dicetuskan oleh dua gegaran itu.
-- BERNAMA-KYODO