awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN sasar selesai bayaran balik lebihan cukai syarikat Tahun Taksiran 2023 pada suku pertama 2026
Bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah pecah amanah RM1.8 juta
Wisma Putra pantau tanah runtuh di New Zealand, sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perincian subsidi bersasar RON95 diumum menjelang akhir September - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
25/08/2025
10:31 MYT
Perincian subsidi bersasar RON95 diumum menjelang akhir September - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu perlu berikutan dasar subsidi pukal yang diamalkan sejak sekian lama hanya membebankan fiskal negara dan tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal dengan perancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dan perincian lanjutnya dijangka diumumkan menjelang akhir September 2025.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu perlu berikutan dasar subsidi pukal yang diamalkan sejak sekian lama hanya membebankan fiskal negara dan tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat.
"Maka sebab itu atas semangat sama, penyasaran subsidi petrol RON95 sepertimana (juga) subsidi elektrik dan diesel, tidak menjejaskan rakyat terbanyak," katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan mengenai indikator dan asas penentuan digunakan kerajaan untuk menyenaraikan individu atau isi rumah dalam kategori T15 (isi rumah dengan 15 peratus teratas dari segi pendapatan bulanan) serta bentuk notifikasi, saluran pengesahan dan sistem rayuan yang akan diwujudkan bagi melindungi hak rakyat dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95.
Menjelaskan selanjutnya, Amir Hamzah berkata kerajaan juga kini di fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama dengan semua pihak berkepentingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perincian subsidi bersasar
#RON95
#diumum menjelang akhir September
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan