Seorang bekas askar direman tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat, kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan, di Jalan Salor di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu Noriza Mustafa, di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini, hari ini.

Difahamkan suspek berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya di Jalan Baru Kampung Degong, Lubok Stol, Pasir Mas, pada pukul 6 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14A Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada penjawat awam.

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula 18 hingga 31 Mac, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

-- BERNAMA