Perintah berkurung di kawasan perairan merangkumi tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (EssZone) dilanjutkan sehingga 11 Mei ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung baharu yang akan bermula esok (26 April) jam 6 petang, berkuat kuasa selama 24 jam di bawah Seksyen 31(1) Akta Polis 1967.
Katanya perintah berkurung ini akan dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri untuk selama 14 hari di bawah Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 mulai dari Sabtu ini (27 April) hingga 11 Mei ini jam 6 petang.
Dengan berkuatkuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh berkenaan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya perintah itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Omar berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan.
Di samping itu, katanya, ia bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Menurutnya berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan, masih terdapat cubaan untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Omar berkata beliau juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di EssZone bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2019

Perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi .

KDNK | Pertumbuhan KDNK suku kedua Malaysia 8.9 peratus
Dr Afzanizam Rashid, Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan KWSP

Pergaduhan Kartel | 11 maut termasuk orang awam
Seramai 11 orang maut, termasuk orang awam dalam kejadian rusuhan kartel yang bermula di dalam penjara sebelum merebak ke jalan-jalan di Ciudad Juarez, Mexico City pada Jumaat. Menurut Timbalan Setiausaha Keselamatan Kerajaan, Ricardo Mejia Berdeja, keganasan tercetus di dalam penjara negeri apabila ahli kartel dadah Mexicles menyerang ahli Chapos pada tengahari.

Ribut | Peruntukan RM1 juta baiki kerosakan rumah
Seramai 93 mangsa daripada 22 keluarga insiden ribut di rumah pangsa ros merah di Taman Johor Jaya di pindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Dalam masa sama, kerajaan Johor akan berusaha mendapatkan bantuan membaik pulih segera yang dianggarkan melibatkan kos RM1 juta.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

Dari pondok kayu ke Rumah Rakyat Pahang
Mohd Sabree melahirkan rasa syukur menerima rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Pahang di Kampung Temai Hilir.

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.

KPDNHEP Sabah tumpas cubaan seleweng barang kawalan
Ia melibatkan minyak masak dan diesel bersubsidi, dipercayai akan dijual ke negara jiran.

Kanak-kanak mahu ke sekolah terjatuh gara-gara jambatan runtuh di Kampung Miadan, Beluran
Seorang kanak-kanak lengkap berbaju sekolah terjatuh selepas jambatan kayu usang runtuh di Kampung Miadan, dekat Paitan Beluran.

SUV dinaiki 6 beranak terbabas, kanak-kanak lelaki 4 tahun maut
Muhammad Fahmi Hakimi, 4, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di badan.

Gempa bumi lemah 3.8 di Beluran, Sabah
Gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran, Sabah pada jam 8:39 malam, pada Isnin.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Bauto, Telupid
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Bauto, Telupid, hari ini.

PRN Johor: UMNO Beluran hantar jentera termasuk pakar IT bantu kempen
PRN Johor amat signifikan kerana akan menjadi medan memperkemaskan lagi jentera kempen sebelum PRU diadakan.

Operasi SAR kanak-kanak empat tahun dipercayai lemas diperhebat
Seorang kanak-kanak dipercayai lemas ketika mandi sungai berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, di Beluran pada Sabtu.

Kanak-kanak 4 tahun lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas dalam satu kejadian di sebatang sungai dalam sebuah ladang di Beluran, pada Sabtu.

Banjir: Sabah rekodkan satu lagi kes kematian
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi Ahad, mangsa berkenaan yang bekerja sebagai petani dilaporkan cuba menyeberangi sungai.

Banjir Beluran: Satu mayat ditemui, seorang masih hilang
Polis Beluran mengesahkan mayat salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir di daerah itu telah ditemui