SUSULAN pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin, pelbagai persoalan yang timbul ditujukan pada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Berikut adalah kesemua soalan lazim dijawab oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

1. Adakah saya boleh memohon program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)?

Ya, semua permohonan baru boleh dikemukakan melalui pos. Dokumen- dokumen bagi permohonan lain seperti pengeluaran simpanan dan penamatan boleh dikemukakan melalui e-mel di [email protected].
Walau bagaimanapun, semua transaksi urusan berkaitan MM2H adalah DITUTUP sehingga 30 April 2020.

2. Adakah semua program dan aktiviti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang melibatkan orang ramai akan diteruskan?

Semua program dan aktiviti yang melibatkan orang ramai di bawah MOTAC akan DITANGGUHKAN sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian menerusi laman web www.motac.gov.my .

3. Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan telah membuat pembayaran yang sepatutnya. Adakah saya boleh meneruskan percutian saya?

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan untuk TIDAK meneruskan rancangan percutian.

4. Saya telah membayar penginapan di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan (refund)?

Orang ramai disaran untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang (refund) yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum perintah ini diumumkan.

5. Bagaimanakah kedudukan pelajar di Akademik Seni dan Budaya Kebangsaan (ASWARA) dan penuntut di Institut Kraft Negara (IKN) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Semua pelajar ASWARA dan IKN yang menginap di hostel/asrama pelajar TIDAK DIBENARKAN keluar dari institusi masing-masing. Kebajikan para pelajar akan dipantau dari semasa ke semasa termasuk aspek makan minum dan kesihatan.

6. Saya baru sahaja selesai mengadakan persembahan kebudayaan di luar negara. Bolehkah saya pulang ke Malaysia semasa tempoh perintah ini berkuatkuasa?

Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self-quarantine) selama 14 hari bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

7. Adakah muzium/ perpustakaan/ Istana Budaya/ tapak arkeologi/ pusat pelancongan Malaysia dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Semua fasiliti awam di bawah MOTAC adalah DITUTUP sehingga 30 April 2020. Senarai lengkap fasiliti awam tersebut boleh dirujuk di pautan: http://www.motac.gov.my/media2/siaran/semua-fasiliti-awam-di-bawah- kementerian-pelancongan,-kesenian-dan-kebudayaan-motac-ditutup- sementara-sehingga-30-april-2020

Orang ramai boleh mengakses bahan bacaan secara dalam talian dengan 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma menerusi laman web www.u- pustaka.gov.my

SYARIKAT PELANCONGAN (URUSAN PELESENAN)

1. Adakah operasi pelesenan pelancongan dijalankan seperti biasa?

Tidak. Semua perkhidmatan kaunter di ibu pejabat dan pejabat MOTAC negeri serta perkhidmatan atas talian berhubung pelesenan pelancongan DITUTUP sehingga 31 Mac 2020.
Permohonan pelesenan pelancongan dalam talian diteruskan seperti biasa. Walau bagaimanapun, pemprosesan hanya akan dilakukan mulai 1 April 2020 tertakluk kepada permohonan yang lengkap. Pembayaran dalam talian ditutup bagi tujuan pelesenan.

2. Adakah kompaun atau denda dikenakan di atas kelewatan memperbaharui lesen berkaitan pelancongan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak.

3. Adakah Syarikat Pelancongan boleh beroperasi sepanjang tempoh ini?

Tidak dibenarkan. Syarikat pelancongan bukan di bawah perkhidmatan penting negara (essential services) mengikut Jadual Perkhidmatan Perlu (Peraturan 2) P.U(A) 2020.

Syarikat pelancongan hanya dibolehkan menyediakan pengangkutan dari premis penginapan pelancong ke lapangan terbang atau pelabuhan bagi tujuan penghantaran pulang pelancong.

4. Adakah bayaran balik wang (refund) hotel / penginapan berbayar / homestay akan diterima oleh orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? (termasuk platform atas talian)

Bayaran balik wang (refund) yang telah ditempah menerusi hotel / penginapan berbayar / homestay adalah tertakluk kepada terma dan syarat di antara penyedia perkhidmatan dan pelanggan termasuk penyedia perkhidmatan atas talian.

Orang ramai disaran untuk berbincang terus dengan penyedia perkhidmatan dalam urusan pengembalian wang (refund) yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum perintah ini diumumkan.

5. Adakah penganjuran kursus bagi Tour & Travel Management Course (TTMC), Tour & Travel Enhancement Course (TTEC), Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU) dan Continuous Tourism Related Education (CTRE) oleh Institut Latihan Pelancongan (ILP) masih dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Tidak. Penganjuran kursus-kursus ini telah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

6. Adakah Pemandu Pelancong (TG) dibenarkan membuat guiding sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
berkuatkuasa?


Tidak. Sebarang aktiviti guiding oleh TG adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh kawalan ini berkuatkuasa.

7. Adakah aktiviti Bas Persiaran & Kereta Sewa Pandu masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa?

Aktiviti Bas Persiaran & Kereta Sewa Pandu di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh kawalan ini.

Walau bagaimanapun, aktiviti Bas Persiaran & Kereta Sewa Pandu bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia hendaklah dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

PREMIS PENGINAPAN PELANCONG
(HOTEL/ RESORT/ BAJET HOTEL/ HOTEL APARTMENT & SEBAGAINYA)

1. Adakah premis penginapan pelancong boleh beroperasi semasa Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan?

Kesemua premis penginapan pelancong dibenarkan untuk beroperasi secara minimum. Namun, kesemua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik penginapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Perkhidmatan sajian di premis penginapan pelancong hanya boleh dibuat bagi tujuan tempahan oleh in-house guest secara room service.

Perkhidmatan dan fasiliti sampingan seperti kolam renang, ruang permainan gimnasium dan spa adalah tidak dibenarkan.

Proses pendaftaran tetamu (check-in) ke premis penginapan pelancong bagi tempoh perintah berkenaan adalah dibenarkan, tetapi dalam skala yang kecil dan diterhadkan.

Bagi tetamu premis penginapan pelancong yang terpaksa memanjangkan tempoh penginapan sepanjang perintah ini berkuatkuasa, mereka bolehlah mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing.

Walau bagaimanapun, pelancong domestik baharu yang ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong adalah tidak dibenarkan.

2. Adakah premis penginapan pelancong boleh menerima daftar masuk (check-in) tetamu kontrak (contracted guest seperti krew penerbangan) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

Ya, premis penginapan pelancong boleh menerima daftar masuk (check-in) tetamu kontrak tertakluk kepada pematuhan syarat yang berkuatkuasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

3. Bolehkah premis penginapan pelancong yang menyediakan perkhidmatan kesihatan beroperasi semasa tempoh kawalan ini?

Pihak premis penginapan pelancong yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pematuhan syarat yang berkuatkuasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

4. Adakah pekerja premis penginapan pelancong perlu dibayar gaji atau tidak?

Ia adalah tertakluk kepada Akta Kerja 1955. Perkara ini boleh dirujuk ke Kementerian Sumber Manusia.

5. Saya menyewa di hotel lima (5) bintang, bolehkah saya berpindah ke hotel yang lain kerana kekangan kewangan?

Bagi tetamu premis penginapan pelancong yang terpaksa memanjangkan tempoh penginapan sepanjang perintah ini berkuatkuasa, mereka bolehlah mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing. Walau bagaimanapun, pelancong domestik baharu yang ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong adalah tidak dibenarkan.

6. Apakah tindakan yang perlu dibuat oleh premis penginapan pelancong sekiranya terdapat tetamu yang positif COVID-19?

Premis penginapan pelancong hendaklah segera menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC)/ Pusat Kesihatan terdekat.

7. Apakah talian hotline MOTAC yang boleh dihubungi sekiranya terdapat pertanyaan lanjut ?

Sebarang soalan berkaitan program/aktiviti kementerian boleh dipanjangkan melalui emel atau membuat panggilan ke talian hotline Kementerian di 03- 88917189 bermula jam 6.00 petang, 19 Mac 2020.