awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berikutan percanggahan Trump-Fed lemahkan dolar AS
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Swee garis hala tuju baharu NFDP

Bernama
Bernama
13/01/2026
11:35 MYT
Kim Swee garis hala tuju baharu NFDP
Kim Swee berkata, hasrat itu hanya mampu dicapai jika ia ditangani secara sistematik melalui perancangan sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) baharu Datuk Ong Kim Swee menetapkan misi pembangunan bola sepak akar umbi negara yang memfokus kepada usaha merapatkan jurang prestasi dengan pasukan Asia Tenggara sebelum mengintai saingan peringkat Asia dan dunia.
Kim Swee memaklumkan hasrat itu hanya mampu dicapai sekiranya ia ditangani secara sistematik melalui perancangan sasaran jangka pendek, sederhana dan panjang.
"Sasaran jangka pendek ialah memastikan kita berada dalam landasan yang baik terutama tidak menjauhi jurang yang terlampau besar antara pasukan Asia Tenggara.
"Dalam setahun hingga tiga tahun ini juga kita ingin layak ke Piala Asia B-17 dan seterusnya matlamat utama kita untuk layak ke Piala Dunia B-17 pada masa akan datang," katanya menerusi video dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.
NFDP kini diambil alih dari segi teknikal oleh FAM dengan 198 pelatih dari peringkat usia 13 hingga 17 tahun telah memulakan sesi 2026 dengan latihan pertama di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang, semalam.
SUKAN-FAM (KIM SWEE) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, Kim Swee berkata peranan jurulatih merupakan elemen paling kritikal dalam memastikan pembangunan pemain muda dilaksanakan secara menyeluruh dan berfasa tanpa tekanan keputusan segera yang boleh menjejaskan potensi jangka panjang pemain.
Beliau percaya pengalaman luas barisan kejurulatihan sedia ada mampu memberi nilai tambah signifikan kepada hala tuju NFDP khususnya dalam membentuk pemain remaja yang lebih bersedia dari segi teknikal dan mental.
"Proses ini pasti akan mengambil sedikit masa dan dengan adanya jurulatih yang berpengalaman pasti akan memberikan kesan berlainan bagi saya.
"Kerana mereka telah bersama-sama dengan pasukan remaja kita sebelum ini dan ada yang mempunyai rekod cukup baik dan saya berharap mereka akan teruskan perjuangan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ong Kim Swee
#hala tuju
#bola sepak
#NFDP
#pembangunan
#pengarah teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan