awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah Kawalan Pergerakan: Tiga jalan di Kota Damansara ditutup

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2020
05:33 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan: Tiga jalan di Kota Damansara ditutup
Penutupan kesemua jalan itu bagaimanapun bukan satu 'lockdown' kerana ada laluan alternatif. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Sebanyak tiga jalan di Kota Damansara ditutup sementara bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tiga jalan yang ditutup adalah Jalan Persiaran Mahogani Seksyen 9, Jalan Persiaran Jati Seksyen 8 dan Jalan Persiaran Sungai Buloh.
Penutupan jalan terbabit dibuat bagi mengawal aliran trafik di lokasi berkenaan kerana polis mendapati masyarakat masih bebas keluar masuk dari kediaman mereka.
Beliau berkata, penutupan kesemua jalan itu bagaimanapun bukan satu 'lockdown' (perintah berkurung) kerana ada laluan alternatif.
“Masyarakat didapati masih lagi bebas keluar ke sana ke mari.
“Kita akan cuba dulu, kita tutup tiga jalan ini dan kita akan maklumkan laluan alternatif. Ada laluan alternatif, bukan kita tutup orang ramai tidak boleh lalu, tidak. Ada laluan alternatif.
“Kita tengok keadaan macam mana, jika kita tengok sesuai, kurang pergerakan dan sebagainya dan kita akan teruskan. Kita tengok dua tiga hari ini macam mana,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Semalam, Polis Daerah Petaling Jaya, menutup Jalan 5/46 Gasing Indah, di Petaling Jaya yang bersempadan dengan Jalan Pantai, Kuala Lumpur bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Topic Berkaitan
#Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal
#coronavirus
#COVID-19
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
#koronavirus
#Kota Damansara
#perintah kawalan pergerakan
#Petaling Jaya
#PKP
#polis
#tiga jalan di Kota Damansara ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan