KUALA LUMPUR: Penerbit dan penulis buku, "Gay is OK! A Christian Perspective" memohon kebenaran untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan perintah pengharaman buku itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan.
Perkara itu disahkan oleh peguam Edmund Bon Tai Soon, yang mewakili penerbit Gerakbudaya Chong Ton Sin dan penulis Ngeo Boon Lin.
Beliau berkata 11 persoalan undang-undang dan perlembagaan telah difailkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi merit permohonan itu untuk didengar.
"Permohonan kebenaran itu akan didengar pada 28 Feb tahun depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 25 Sept, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan perintah pengharaman buku itu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk M. Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong, dalam keputusan majoriti, membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Hakim Azizah dan Wong dalam keputusan majoriti memihak kepada Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia manakala hakim Gunalan sebaliknya.
Dalam keputusan majoriti, Wong berkata beliau dan Azizah telah meneliti kandungan buku serta tajuknya dan berdasarkan penilaian objektif, mereka berpuas hati bahawa keseluruhan kandungan buku itu dan tajuknya memberi mesej umum bahawa gaya hidup homoseksual adalah tidak dilarang oleh agama Kristian.
Beliau berkata hakim yang memutuskan keputusan majoriti berpuas hati bahawa menteri yang munasabah akan mencapai keputusan kemungkinan buku itu menjejaskan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam.
Beliau berkata walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh lebih tujuh tahun dari September 2013, tarikh penerbitan buku itu, sehingga warta larangan itu, ini tidak menafikan wujudnya kemungkinan menjejaskan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam.
Hakim Wong berkata di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, adalah tidak perlu memberi penerbit dan pengarang buku hak untuk didengari. Beliau juga berkata Seksyen 7 Akta itu juga tidak memerlukan Menteri Dalam Negeri memberi alasan larangan itu, sambil menambah bahawa dalam apa jua keadaan, Menteri Dalam Negeri telah memberikan alasan dalam warta untuk mengharamkan buku itu.
Dalam keputusannya yang bertentangan, Hakim Gunalan berkata Hakim Mahkamah Tinggi Noorin Badaruddin tidak tersilap apabila membenarkan semakan kehakiman responden.
Beliau berkata hakim telah memberikan pertimbangan yang secukupnya kepada fakta dan keadaan secara keseluruhan serta telah menggunakan prinsip undang-undang dengan betul sebelum membuat keputusan untuk membenarkan semakan kehakiman.
Pada 22 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh kedua-dua mereka bagi membatalkan perintah yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan buku tersebut.
Pada 18 Dis 2020, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan satu perintah larangan terhadap buku itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Pada 17 Feb 2021, Chong dan Ngeo memfailkan semakan kehakiman yang mendakwa perintah pengharaman itu adalah tidak rasional serta tidak seimbang kerana tidak berlaku insiden tidak diingini yang dicetuskan oleh buku tersebut sejak ia diterbitkan lebih tujuh tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan memohon untuk mengembalikan larangan itu yang telah ditarik balik oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Feb 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Beliau berkata 11 persoalan undang-undang dan perlembagaan telah difailkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi merit permohonan itu untuk didengar. -Gambar hiasan
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
Perintah larangan: Penerbit, penulis buku mohon kebenaran rayu di Mahkamah Persekutuan
Penerbit dan penulis buku, "Gay is OK! A Christian Perspective" memohon kebenaran untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan perintah pengharaman buku itu berikutan keputusan