awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintis pemain keturunan Afrika meninggal dunia selepas 39 tahun koma akibat pembedahan lutut

Astro Arena
Astro Arena
07/09/2021
02:12 MYT
Perintis pemain keturunan Afrika meninggal dunia selepas 39 tahun koma akibat pembedahan lutut
Adams (kiri) meninggal dunia di Hospital Universiti Nimes malam tadi. - Stadium Astro
PARIS: Perintis pemain keturunan Afrika meninggal dunia selepas 39 tahun koma akibat pembedahan lutut Bekas pertahanan Perancis dan Paris Saint-Germain (PSG), Jean-Pierre Adams, meninggal dunia pada usia 73 tahun selepas 39 tahun koma.
Adams, yang 22 kali mewakili Perancis, berada dalam keadaan koma sejak berumur 34 tahun selepas menjalani pembedahan lutut.
Begitupun, Adams tidak pernah sedar daripada pembedahan itu berikutan kesilapan prosedur perubatan berkaitan ubat tahan sakit oleh kakitangan hospital di Lyon hingga menyebabkan otaknya kekurangan oksigen.
Adams meninggal dunia di Hospital Universiti Nimes malam tadi.
Bekas kelabnya Nimes, Nice dan PSG meluahkan penghargaan dan penghormatan kepada perintis yang membuka jalan bagi pemain bola sepak Perancis-Afrika itu.
Nous avons appris ce matin la disparition de Jean-Pierre Adams. Il avait porté les couleurs du Nîmes Olympique à 84 reprises et formait avec Marius Trésor "la garde noire" en Équipe de France. Le Club présente ses plus sincères condoléances à ses proches et à sa famille. pic.twitter.com/jt5AqinXDg
— Nîmes Olympique (@nimesolympique) September 6, 2021
Nimes mengucapkan takziah kepada orang yang disayangi dan keluarganya sementara Nice menjanjikan satu majlis penghormatan sebelum perlawanan ketika menjadi tuan rumah kepada Monaco pada 19 September ini.
PSG juga mengeluarkan kenyataan yang melaungkan sentimen serupa sambil mengucapkan "joie de vivre, karisma serta sumbangan Adams akan dihargai".
Pemain bola sepak kelahiran Senegal itu pulang ke Nimes selepas pembedahan berkenaan gagal lalu dijaga oleh isterinya, Bernadette, hingga saat kematiannya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Jean-Pierre Adams
#koma
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan