KUALA LUMPUR:Syarikat penyedia keselamatan siber dan anti-virus terkenal, Kaspersky mendapati jumlah sampel malware atau perisian hasad yang direka untuk membahayakan komputer meningkat 5.2 peratus pada tahun lalu berbanding 2019.

Menurut Pengurus Besar Kaspersky Rantau Asia Tenggara, Yeo Siang Tiong, hasil pemantauan menunjukkan sebanyak 360,000 fail malware dikenal pasti setiap hari pada tahun lalu.

"Jumlah sampel perisian hasad unik yang kami dapati pada tahun lalu (2020) adalah 360,000 fail setiap hari, iaitu peningkatan 5.2 peratus berbanding dengan statistik 2019.

"Anjakan digital semasa dan pandemik COVID-19, memang menimbulkan peningkatan ancaman terhadap individu dan institusi awam serta swasta di Malaysia dan peringkat global.

"Kami telah melihat banyak pelanggaran data besar-besaran tahun lalu bukan hanya di negara ini tetapi di seluruh rantau Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan media.

Justeru itu, organisasi kerajaan dan swasta katanya disarankan mengambil tujuh langkah berikut bagi mengelak daripada menjadi mangsa perisian hasad dan serangan siber.