awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perisik hebat yang tertangguh... tayangan filem James Bond ditunda lagi!

Agensi
Agensi
22/01/2021
06:40 MYT
Perisik hebat yang tertangguh... tayangan filem James Bond ditunda lagi!
Filem dengan kos penerbitan AS$200 juta, No Time To Die menampilkan aksi terakhir aktor Daniel Craig sebagai watak ejen perisik hebat British itu. - Gambar fail
LOS ANGELES:Tayangan global bagi filem James Bond yang beberapa kali ditangguh, No Time to Die, ditunda lagi. Daripada dijadualkan untuk menemui penonton pada April 2021, tarikh itu dilajakkan lagi hingga ke Oktober.
Reuters melaporkan, penerbit filem itu mengumumkan perkara berkenaan pada Khamis, sekali gus menunjukkan betapa dunia perfileman antarabangsa memang sukar untuk kembali mendapatkan rentak dalam cengkaman pandemik COVID-19.
Tarikh tayangan terbaru filem itu adalah pada 8 Oktober, menurut pengumuman di laman web dan Twitter James Bond.
No Time to Die, terbitan MGM dan Universal Pictures, pada awalnya dijadual untuk ditayang di layar perak pada April 2020, sebelum ditangguh ke November 2020, dan kemudian ditunda lagi ke April 2021.
Filem dengan kos penerbitan AS$200 juta, No Time To Die menampilkan aksi terakhir aktor Daniel Craig sebagai watak ejen perisik hebat British itu.
Pemilik panggung wayang amat mengharapkan agar filem berkenaan dapat mengembalikan semula momentum jualan. Pandemik COVID-19 telah menjejaskan bisnes filem pada tahun lepas, dengan jualan tiket di Amerika Syarikat dan Kanada merosot sehingga 80 peratus.
Dengan ancaman virus yang masih belum berakhir, termasuk di Los Angeles yang menjadi pasaran utama, studio-studio Hollywood belum sedia melepaskan produk filem mereka ke panggung.
Francais Bond adalah antara filem yang mampu meraih keuntungan ratusan juta dolar di pasaran sedunia, dan kali ini, penerbit tetap menunggu waktu sesuai kerana tidak mahu rugi selagi jumlah tayangan dihadkan dan kerusi panggung wayang dijarak-jarakkan.
Topic Berkaitan
#james bond
#no time to die
#tarikh tayangan
#tayangan ditunda
#filem Hollywood
#Daniel Craig
#penerbit
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan