awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peristiwa pahit, manis negara jadi iktibar pertahanan kemerdekaan - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
28/08/2015
00:41 MYT
Peristiwa pahit, manis negara jadi iktibar pertahanan kemerdekaan - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin mengajak rakyat khususnya generasi muda supaya menghayati erti kemerdekaan dan tidak menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sekadar sambutan tahunan sahaja. - Gambar Fail
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta rakyat menjadikan setiap peristiwa pahit atau manis yang dialami negara sebagai iktibar untuk mempertahan kemerdekaan tanahair.
Dalam menyambut Hari Kebangsaan, baginda bertitah mereka perlu menghargai pengorbanan pemimpin dan rakyat terdahulu dan memastikan kemerdekaan dipertahan untuk diwarisi generasi muda.
Baginda bertitah demikian semasa merasmikan program 'Pengisahan Sejarah dan Pameran Nostalgia Perlis Negeriku' di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis (PNMNPs) di sini, pada Khamis.
Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat hadir pada program anjuran PNMNPs itu.
Tuanku Syed Faizuddin juga mengajak rakyat khususnya generasi muda supaya menghayati erti kemerdekaan dan tidak menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sekadar sambutan tahunan sahaja.
Menurut baginda penghayatan kemerdekaan bererti mengekalkan sosio-budaya sebagai warisan bangsa daripada dipengaruhi atau dijajah budaya yang tiada kaitan dengan bangsa dan rakyat negara ini.
"Saya suka program pengisahan sejarah seperti ini dianjurkan kerana ia membuka minda generasi pewaris negara memahami sejarah negara, perjuangan, pengorbanan dan erti kemerdekaan,"kata baginda.
Topic Berkaitan
#'Pengisahan Sejarah dan Pameran Nostalgia Perlis Negeriku'
#Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis
#Lailatul Shahreen Akashah Khalil
#syed faizuddin putra jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan