awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjalanan akhir Pyanhabib ke alam abadi

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2024
00:50 MYT
Perjalanan akhir Pyanhabib ke alam abadi
Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang malam tadi pada usia 66 tahun.
KUALA LUMPUR: Seniman Pyanhabib yang meninggal dunia malam tadi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, di sini, pagi ini.
Menurut anaknya Ashman, jenazah bapanya akan diuruskan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, sebelum dikebumikan dan orang ramai boleh hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
"Arwah ayah akan dikebumikan pada hari Rabu, 5 Jun 2024, pagi nanti.
"Kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan ayah yang ingin ziarah, arwah akan dihantar ke Masjid As-Sobirin antara jam 8.40 dan 9 pagi.
"Pada jam 9 pagi hingga 10.30pagi, jenazah akan dimandikan dan disolatkan. Diikuti, antara jam 10.30 dan 11 pagi, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 ,” katanya menerusi perkongsian di Facebook awal pagi ini.
Pyanhabib, atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang malam tadi pada usia 66 tahun.
Pyanhabib merupakan seorang penyair dan pelakon, dilahirkan pada 27 Mei 1958 di Taiping, Perak.
Antara kerja seni yang meningkatkan namanya ialah watak Osman Tikus yang beliau berjaya bawakan dalam filem Kembara Seniman Jalanan pada 1986.
Menurut laporan Sinar Harian, Pyanhabib dipercayai hilang pendengarannya ketika berusia 12 tahun setelah diserang demam panas.
Antara filem yang pernah dilakonkan Allahyarham adalah Tsu Feh Sofiah (1986), Rozana Cinta 87 (1987), Tak Kisahlah Beb (1989), Mat Som (1990), Rock Oo! (2013), Apokalips X (2014) dan Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium (2015).
Pyanhabib pernah dicalonkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Rahim Razali berjudul Tsu Feh Sofiah, namun beliau menolak penganugerahan tersebut di Festival Filem Malaysia ke-7.
Beliau dikatakan terkilan kerana tidak dipertandingkan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan dan menjadikan satu-satunya pelakon yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara ini sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Pyanhabib
#kebumi
#penghormatan terakhir
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan