SINGAPURA: Sebarang perjanjian mengenai perjalanan antara Johor dan Singapura terutama menerusi Tambak, perlu dilihat secara berbeza dengan aturan perjalanan udara kerana ia membabitkan jumlah yang tinggi.
Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura (MTF) mengenai COVID-19, Lawrance Wong pada sidang media secara maya hari ini berkata, aspek risiko agak berbeza daripada perjalanan udara dan perlu pertimbangan berbeza.
"Kita faham bahawa mungkin ada rakyat di kedua-dua Tambak mahu melawat keluarga atau berulang alik untuk kerja tetapi jumlah mereka yang akan menyeberangi Tambak boleh menjadi amat besar andai kita melihat kepada keadaan sebelum COVID-19," kata Wong yang juga Menteri Kewangan republik itu.
Turut serta dalam sidang media itu adalah Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung; Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong; Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Prof Madya Kenneth Mak.
Oleh kerana republik itu menyenaraikan Malaysia di bawah Kategori IV, risiko tinggi jangkitan COVID-19, Bernama mengemukakan soalan kepada MTF sama ada Singapura mungkin menimbang peraturan perjalanan yang berbeza untuk merentasi Tambak terutama penduduk Johor.
Bagaimanapun, Wong memberi jaminan bahawa Singapura sentiasa berbincang dengan rakan sejawatan di Malaysia berkaitan peraturan perjalanan udara dan darat.
"Kami akan terus mengemas kini langkah kami dengan sewajarnya," katanya sambil menambah, republik itu sedang mengemas kini kategori negara dunia secara berkala setiap dua minggu sekali.
"Oleh kerana keadaan di Malaysia semakin baik, saya tidak ragu bahawa ia beralih dari Kategori IV, tidak lama lagi," katanya.
Mengulas soalan sama, Menteri Kesihatan, berkata: "Ia sebenarnya memang harapan bersama kita dan saya fikir ia adalah kemahuan kedua-dua negara untuk membuka kembali sempadan secepat mungkin."
"Gelombang yang melanda Malaysia kini pada aliran menurun. Kami masih di peringkat aliran menaik, tetapi marilah kita beharap supaya tidak lama lagi, kita dapat memulakan tindakan konkrit menyambung kembali dan membuka sempadan kita," kata Ong.
Johor ketika ini meningkatkan program vaksinasi dengan harapan dapat membuka semula sempadannya dengan Singapura dan membenarkan pekerja memulakan perjalanan ulang alik mereka.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad baru-baru ini berkata, jawatankuasa teknikal mengenai pembukaan semula sempadan bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan negara itu.
Hasni dilaporkan berkata, ia menjangkakan lebih 100,000 rakyat Malaysia masih di Singapura sejak sempadan ditutup pada Mac lalu.
Beliau juga berkata, peningkatan kes COVID-19 di Singapura tidak dilihat sebagai halangan terhadap usaha mereka untuk berbincang bagi membuka semula sempadan.
Dianggarkan kira-kira setengah juga orang dari kedua-dua negara menyeberangi Tambak setiap hari, laluan yang digelar lintasan darat paling sibuk di dunia sebelum pandemik COVID-19.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Iswaran berkata, Singapura terus berbincang dan berunding dengan beberapa negara.
"Kami memang berhasrat untuk terus membuka semula sempadan kami dengan berhati-hati dan tersusun, dengan harapan menyambung dan membuka semula sempadan. Sehubungan itu, sudah pasti sebagai jiran kami paling dekat, ia adalah bahagian penting dalam proses berterusan ini," katanya.
Jumaat lalu, Kerajaan Malaysia menerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan COVID-19 sebelum ini membuat keputusan membenarkan Johor dimasukkan ke dalam senarai Fasa Tiga daripada Fasa Dua menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN)
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Sebarang perjanjian mengenai perjalanan antara Johor dan Singapura terutama menerusi Tambak, perlu dilihat secara berbeza dengan aturan perjalanan udara kerana ia membabitkan jumlah yang tinggi.- Gambar fail/BERNAMA
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada pengangkutan lain mulai 2025
Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.
Hampir dua juta pergerakan guna kod QR direkod di Tambak Johor
Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyRENTAS di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sejak 1 Jun lepas telah merekodkan hampir dua juta pergerakan.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah
Adam berkata, pada 1970-an dia sering ke Johor Bahru melalui Tambak Johor untuk menonton wayang, rawatan perubatan dan melawat datuk di Pontian.
PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor
Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.
Tunku Mahkota Ismail berkenan sempurnakan 100 tahun Tambak Johor
Kedua-dua delegasi melibatkan kepimpinan kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura bertukar cenderahati menandakan hubungan utuh satu abad.
'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
[KOLUMNIS] Pengaplikasian teknologi di Tambak Johor, inisiatif penting tingkat kecekapan
Laluan Tambak Johor merupakan akses penting sebagai pintu gerbang utama yang menghubungkan Malaysia dan Singapura dan memudahkan pergerakan keluar masuk rakyat kedua-dua negara dan pelancong.