KUCHING :Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak perlu dipersoalkan, tegas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Ketua Menteri Sarawak memberi respon demikian susulan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How yang mendakwa langkah itu sebagai merugikan Sarawak.
“Betul atau tidak (dakwaan Chee How) biar masa yang menentukan.
“Tidak perlu mempertikaikan perkara ini kerana hak ini sudah berada dalam tangan Sarawak,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub di Kuching pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Chee How sebelum ini menyuarakan bahawa perjanjian berkenaan adalah satu keputusan yang mengecewakan dan tidak dapat diterima oleh rakyat Sarawak.
“Dalam hal ini, kerajaan negeri seolah-olah akur dan mengakui peruntukan perlembagaan dan perundangan berhubung pelaksanaan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974.
“Biar pun perkara ini sudah berulang kali dikemukakan di dalam dan di luar mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
“Seperti yang dipertahankan oleh kerajaan negeri bahawa Sarawak tidak akan pernah mengakui, apatah lagi berganjak dalam urusan hak dan pemilikan minyak dan gas di dalam wilayah negerinya,” tambah ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu menerusi kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, pada Isnin, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan Sarawak dengan Petronas itu akan membuka lembaran baharu dalam usaha merancakkan lagi pembangunan industri minyak dan gas.
Ia juga akan membuka pelbagai peluang perniagaan dan pembangunan industri yang berkaitan di negeri itu, memetik kenyataan sama.
Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat mengalu-alukan persetujuan di antara kerajaan Sarawak dengan Petronas dalam menyelesaikan isu berkaitan pengurusan minyak dan gas di negeri tersebut melalui sebuah perjanjian komersial.
Perjanjian dimeterai itu membolehkan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), anak syarikat milik kerajaan negeri Sarawak, memainkan peranan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui kerjasama dengan Petronas.
Majlis menandatangani perjanjian tersebut diwakili presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Astro Awani
Wed Dec 09 2020

ABANG JOHARI: Tidak perlu mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak, keputusan yang dilakukan adalah untuk memacu industri petroleum Bumi Kenyalang. - Gambar Astro AWANI

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.

AWANI Ringkas: MIC bincang isu kerjasama dengan Bersatu & PN

Penemuan baharu sumber gas di pesisir pantai, Sarawak bincang dengan Petronas
Dua telaga terbabit dikenali telaga penilaian penerokaan Lang Lebah-2 di Blok SK410B (PSC) dan di telaga Dokong-1 di Blok SK417.

Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari
Semua dilakukan demi kebaikan negeri Bumi Kenyalang, tiada niat lain.

Perjanjian penyelesaian komersial beri peluang lebih adil dan luas buat Sarawak
Perjanjian ini mengukuhkan lagi industri minyak dan gas demi kepentingan bilateral yang saksama antara Sarawak dan Petronas.