KOTA KINABALU: Negara khususnya Sabah, hari ini kehilangan seorang tokoh yang tidak pernah jemu berjuang demi meningkatkan tahap sosioekonomi dan pendidikan rakyat, serta syiar Islam di negeri ini, setelah pemergian Tun Sakaran Dandai, awal hari ini.
Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles di sini pada pukul 5.30 pagi tadi setelah dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu akibat jangkitan COVID-19, sejak dimasukkan ke hospital itu pada 18 Ogos lepas.
Budi ditabur Sakaran, 91, tidak akan dapat dilupakan rakyat Sabah terutama di tempat asalnya Semporna apabila Allahyarham mengasaskan pembukaan tanah-tanah Rancangan termasuk Pulau Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak sekali gus meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk kawasan itu.
Jasa Allahyarham dalam bidang pendidikan dan syiar Islam juga amat dihargai apabila dilantik menjadi Canselor Pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Sabah 2008, serta Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017.
Sakaran yang berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994.
BACA: Tun Sakaran meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19
Dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, Semporna, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna, sebelum menyambung pelajaran di Government Vernacular School Semporna (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna).
Allahyarham juga merupakan penerima Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (Pengurusan) UMS pada 2004.
Dalam kerjayanya, Sakaran memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk) di Pejabat Daerah Semporna pada 31 Ogos 1948, dan memain peranan penting membangunkan rakyat di peringkat akar umbi melalui perkhidmatannya antaranya di Lahad Datu dan Pejabat Daerah Tuaran.
Pada 1960, Sakaran merupakan Ketua Anak Negeri paling muda dilantik ketika itu dan beliau sering memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan di Semporna khasnya, kerana pada masa itu hanya 35 peratus kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah, dihantar ke sekolah.
Beliau kemudiannya telah membantu dalam mendirikan lebih banyak Sekolah Rakyat untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduk Sabah, sebelum bersara daripada perkhidmatan awam pada 1967.
Sakaran pernah terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan antaranya Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah dan mengasaskan Yayasan SABDI yang memfokuskan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan serta menyebar kesusasteraan Islam.
Dalam arena politik, Sakaran pernah menjadi Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada 1986, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO kedua-duanya pada 1993.
Allahyarham menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna pada 1976 dan Ahli Parlimen Silam pada 1978, dan kemudian ADUN Sulabayan pada 1985 sebelum mempertahan kerusi berkenaan selama lapan penggal.
Sakaran juga pernah menganggotai Kabinet Sabah bermula 1971 antaranya sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Sabah; Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Pada 17 Mac 1994, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kelapan, kemudian pada 1 Jan 1995 menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan.
Allahyarham menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah selama dua penggal sehingga 31 Dis 2002.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Sakaran yang berasal dari Semporna, pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Tun Sakaran meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19
Menurut anaknya, Datuk Seri Nasir, jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan dimakamkan di Makam Pahlawan.
Mampukah Shafie gegar Sabah?
Adakah beliau masih begitu berpengaruh biarpun setelah meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN)?