Masih terdapat segelintir masyarakat di negeri ini yang mengahwinkan anak mereka yang masih di bawah umur 18 tahun, kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Norazlinah Arif.
Beliau berkata meskipun undang-undang memberikan peruntukan perkahwinan, namun terdapat sesetengah masyarakat melaksanakan perkahwinan tanpa melihat batasan had umur seseorang kanak-kanak.
Katanya perkahwinan antara lelaki dan perempuan di bawah 18 tahun, memberi cabaran serta tekanan psikologi dan fizikal yang merangkumi pendidikan, kesihatan, ekonomi, pembuat keputusan dan jenayah terhadap kanak-kanak.
"Keadaan seperti ini boleh menjadi pencetus kepada masalah sosial dan moral kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat meneruskan pendidikan. Tidak mempunyai sumber kewangan, memikul beban kehidupan berkeluarga seawal usia di bawah umur.
"Selain kesan kepada bayi yang dilahirkan dari segi penjagaan, kebajikan dan lain-lain," katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Isu Perkahwinan Kanak-Kanak di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut di sini, hari ini.
Program itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA) dan turut hadir Pengarah JHEWA, Puan Masturah Haji Jamrah.
Norazlinah berkata adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memikirkan masa depan kanak-kanak, kerana mereka adalah tunjang harapan negara.
Justeru, katanya, ibu bapa dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dengan memberikan pendidikan awal yang secukupnya bagi mengelakkan kes perkahwinan kanak-kanak di bawah umur berlaku di negara ini khususnya di Sabah.
Menurutnya pihak guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan laporan kepada pihak yang berkaitan, sekiranya terdapat pelajar berhenti sekolah awal kerana berkahwin.
"Semua lapisan masyarakat, termasuk badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat dan rakyat secara amnya juga perlu bersama-sama memainkan peranan, mengamalkan sikap prihatin dan ambil tahu agar masalah akibat daripada perkahwinan kanak-kanak tidak berlaku," katanya.
Norazlinah berkata, masyarakat sendiri perlu mengetahui dan memahami isu serta cabaran perkahwinan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019
PIBG juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan laporan kepada pihak yang berkaitan, sekiranya terdapat pelajar berhenti sekolah awal kerana berkahwin. - Gambar hiasan
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Had umur 30 tahun belia Malaysia berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Hannah
Had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.
Had umur jemaah haji ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi
Syarat ketat yang ditetapkan adalah untuk melindungi keselamatan kesihatan seluruh jemaah haji tahun ini.
Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Pelawat dan jemaah dibenarkan masuk dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.
Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan Undi 18.
COVID-19: Sepanyol hapus had umur guna vaksin AstraZeneca
Sepanyol menghapuskan had umur 65 tahun ke atas untuk vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.
Dr Mahathir tidak berniat remehkan manifesto - Anwar
Tambahnya kenyataan yang dibuat Dr Mahathir itu sebaliknya, hanya untuk menyatakan secara ikhlas manifesto yang boleh dilaksanakan dan yang perlu ditangguhkan.
Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik perlu masa - SPR
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa banyak perkara perlu dilakukan sebelum pihak terlibat sebulat suara untuk tentukan tarikh pelaksanaannya.
Had umur belia: Pemuda Pakatan Johor selar pendirian kerajaan negeri
Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor menyelar pendirian Kerajaan Negeri Johor berhubung had umur belia yang jelas bercanggah dengan perundangan serta dasar Kerajaan Persekutuan.
Langkah Johor kekal had umur belia dibimbangi beri kesan kepada gerakan belia
Antara kesannya termasuk bantuan-bantuan untuk gerakan belia oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri mungkin tidak diterima golongan berkenaan.