Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar perkara-perkara asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipertahan tanpa kompromi walau berlaku perubahan kerajaan.
Titah baginda antara perkara asas tersebut adalah yang menyentuh Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara-perkara tersebut jangan sama sekali mahu disensasikan oleh mana-mana pihak. Jangan ada individu atau badan yang mahu menjadi jaguh, mengungkit dan menuntut perkara-perkara asas yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Negara.
"Perbuatan mahu merombak persetujuan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama semasa menggubal Perlembagaan Merdeka, akan hanya mengundang suasana tidak harmoni yang boleh menggugat kestabilan politik dan ketenteraman awam.
"Rakyat tidak harus dijadikan mangsa, bagaikan kancil terhimpit mati di tengah-tengah, apabila gajah sama gajah memilih untuk terus bertarung," titah baginda ketika merasmikan pembukaan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 Perak di sini, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Hulu Kinta.
Selain itu, baginda menitahkan kerajaan baharu yang dipilih semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya memenuhi harapan serta amanah rakyat, selain melaksanakan tanggungjawab secara dedikasi, ikhlas, jujur dan berintegriti.
"PRU14 telah 88 hari berlalu. Semasa berkempen, pelbagai janji diumumkan. Majoriti pengundi berani mengambil risiko, melakukan anjakan minda untuk menukar kerajaan atas keyakinan akan berlaku perubahan yang membawa kebaikan kepada kehidupan rakyat dan kesejahteraan negara.
"Majoriti pengundi yang memilih untuk menukar kerajaan, mahukan sebuah kerajaan yang melaksanakan tadbir urus yang baik," titah Sultan Perak.
Dalam konteks Perak, baginda bertitah agar Pakatan Harapan yang mendapat mandat membentuk kerajaan agar tidak melakukan rasuah, salah guna kuasa, menggunakan jawatan untuk keuntungan peribadi dan keluarga, merosakkan khazanah negeri serta melakukan diskriminasi dan penganiayaan.
"Jawatan dan kuasa adalah amanah daripada Ilahi, dikurniakan oleh Allah kepada kalangan hambaNya sebagai ujian yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan ketika," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Konsultasi Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri bertujuan merangka perancangan-perancangan strategik untuk membangun serta memajukan sektor pelancongan secara lebih pesat.
"Meskipun data menunjukkan selama lima tahun berturut-turut Perak dikategorikan antara dua negeri yang menerima kedatangan pelancongan domestik paling ramai, usaha mempromosi produk pelancongan untuk membawa lebih ramai pelancong dari luar negara tetap akan diberi tumpuan," titah baginda.
Baginda juga bertitah kerajaan negeri akan memberi fokus melaksanakan program dan projek serta terus meneroka sumber hasil baharu bagi menambah pendapatan tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar.
"Pada masa sama, kerajaan Beta akan turut memperinci belanja mengurus, merintis usaha berjimat cermat untuk meminimumkan perbelanjaan, di samping mengoptimumkan tahap produktiviti jentera pentadbiran," titah Sultan Nazrin.
Mengenai sekolah tahfiz, baginda mahu perhatian diberi kepada aspek keselesaan prasarana, keselamatan struktur bangunan, pendawaian elektrik dan kalis api yang berpotensi menyebabkan kebakaran asrama, selain aspek kelayakan tenaga pengajar, integrasi dengan sistem pendidikan secara holistik.
"Harapan ibu bapa dan masa hadapan pelajar tidak boleh dikorbankan tanpa mekanisme kawalan yang berkesan untuk menentukan kualiti pengajaran," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 06 2018
Sultan Nazrin mahu perhatian diberi kepada aspek keselesaan prasarana, keselamatan struktur bangunan, pendawaian elektrik dan kalis api di sekolah tahfiz. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.