awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Duda didakwa cabul anak majikan berusia 6 tahun
MALAYSIA
Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah
HIBURAN
'Lagu istimewa hadiah buat peminat' - Ini janji Anuar Zain untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Perkasa integriti, antirasuah menerusi pendidikan - KSN

Bernama
Bernama
29/06/2025
21:15 MYT
Perkasa integriti, antirasuah menerusi pendidikan - KSN
Shamsul Azri berkata pengukuhan integriti dalam kalangan penjawat awam pula bermula dari peringkat individu dengan melaksanakan perkara yang betul dan kemudian membudayakannya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usaha memperkukuh nilai integriti tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada penguatkuasaan undang-undang sahaja, tetapi juga harus disemaikan menerusi pendidikan agar ia menjadi satu budaya sekali gus berupaya mewujudkan komuniti dan negara yang berintegriti.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pengukuhan integriti dalam kalangan penjawat awam pula bermula dari peringkat individu dengan melaksanakan perkara yang betul dan kemudian membudayakannya.
"Pembudayaan integriti bukanlah inisiatif sekali jalan tetapi memerlukan usaha dan komitmen yang konsisten secara berterusan," katanya selepas menghadiri Program Menembak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di Kajang pada Ahad.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Maktab Penjara Malaysia Zulkifli Abdul Manah.
Mengulas mengenai program itu, Shamsul Azri menekankan pentingnya keseimbangan antara kerja dan sukan untuk kesiapsiagaan mental dan fizikal.
Beliau berkata aktiviti seperti menembak anjuran SPRM itu bukan sahaja penting untuk meningkatkan tahap keupayaan mempertahankan diri, menajamkan fokus dan disiplin, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal sekali gus membolehkan penjawat awam bekerja secara optimum.
Sementara itu, Azam berkata sokongan daripada KSN sebagai ketua perkhidmatan dalam perkhidmatan awam amat penting dalam merealisasi agenda antirasuah dan pemerkasaan integriti.
Beliau berkata KSN sebagai peneraju telah melaksanakan polisi yang jelas kepada perkhidmatan awam iaitu meningkatkan integriti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam.
"SPRM sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan dan berganding bahu terutamanya dalam mengadakan kursus-kursus bagi meningkatkan integriti penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#integriti
#kesihatan mental
#SPRM
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami