Perkasa memuji langkah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid yang meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab atas kemalangan di tapak pembinaan landasan MRT di Kota Damansara yang mengorbankan tiga nyawa.
Naib Presiden Perkasa, Syed Osman Mansor berkata perletakan jawatan itu adalah satu tindakan berani yang penuh berintegriti dan harus dicontohi oleh tokoh profesional dan ahli korporat yang lain serta kakitangan kerajaan dan tokoh-tokoh politik.
"Budaya serupa ini kerap diamalkan di negara Jepun dan Korea yang ada melibatkan Perdana Menteri atau menteri-menteri mereka.
"Di negara Malaysia pula jarang berlaku budaya ini. Oleh kerana tidak mahu mengambil tanggungjawab, maka diberi bermacam alasan dan helah," katanya dalam satu kenyataan.
Syed Omar yang juga Pengerusi Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa menyifatkan tindakan Azhar itu sebagai "kepimpinan melalui teladan dan kebertanggungjawaban sebenar".
Tambah beliau, bironya berbangga dengan pendirian, keputusan dan prinsip Azhar.
Azhar pada Selasa lepas meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam susulan kemalangan di tapak pembinaan yang membunuh tiga pekerja binaan warga Bangladesh.
Tindakan tersebut, kata Azhar, sebagai bertanggungjawab atas kegagalannya dalam memastikan keselamatan pekerja.
Walau bagaimanapun, Azhar berkata akan kekal menjadi pemerhati dalam proses siasatan insiden tersebut sehingga keputusan dicapai.
Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp dipangku oleh Haris Fadzilah Hassan, yang merupakan Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah.
Siasatan awal mendapati kontraktor yang terlibat tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) keselamatan secara menyeluruh, mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja-pekerja berkenaan.
Astro Awani
Sat Aug 23 2014
Kata Syed Osman, perletakan jawatan Azhar itu (gambar) adalah satu tindakan berani yang penuh berintegriti dan harus dicontohi oleh tokoh profesional dan ahli korporat - Gambar Fail
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkasa puji tindakan bekas CEO MRT Corp
Naib Presiden Perkasa Syed Osman Mansor berkata perletakan jawatan itu satu tindakan berani yang penuh berintegriti dan harus dicontohi oleh tokoh profesional dan ahli korporat yang lain.
MRT bakal meliputi Putrajaya
SPAD sedang membuat kertas kerja untuk mendapat kelulusan kerajaan bagi MRT jajaran kedua dan ketiga yang dijangka meliputi Putrajaya.