Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyambut baik tindakan pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam dakwaan penyaluran dana ke dalam akaun bank perdana menteri, dengan menyifatkan maklumat awal itu boleh membantu melegakan kegelisahan umum.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata dengan adanya maklumat itu, Perkasa percaya rakyat tidak akan membuat spekulasi sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas itu selesai.
"Perkasa juga menaruh keyakinan bahawa siasatan akan dibuat benar-benar secara telus dan apa jua hasil siasatan akan diumumkan secara terperinci sepertimana format Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI).
"Ini akan membantu apa jua bentuk persepsi yang timbul hasil siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ibrahim berkata pembangkang terutamanya DAP dan PKR yang disifatkan ghairah untuk meraih kepentingan politik melalui isu itu, juga wajar bersabar menunggu laporan siasatan.
"Tak ke mana gunung dikejar. Perkasa tetap dengan pendirian yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah, tidak kira siapa," katanya.
Pasukan Petugas Khas berkenaan dakwaan dana disalurkan ke dalam akaun bank perdana menteri, hari ini telah memerintahkan pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes itu.
Tindakan itu susulan dakwaan kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Tindakan pembekuan itu diumumkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka berkata pasukan itu semalam juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.
Kenyataan itu, bagaimanapun tidak menyebut nama pemilik-pemilik akaun dan bank-bank yang terlibat.
Bernama
Tue Jul 07 2015
Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata dengan adanya maklumat itu, Perkasa percaya rakyat tidak akan membuat spekulasi sehingga siasatan itu selesai.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat
Putra menolak gabungan itu sekiranya ia turut disertai oleh parti DAP.
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.
PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali
Langkah PUTRA bertanding pada PRN Melaka adalah sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi PRU15, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang membuat penampilan pertama kali dalam pilihan raya akan mempertaruhkan lima calon bagi bertanding kerusi DUN pada PRN Melaka.
"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.
17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong
Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu.
Pas, UMNO tidak tamak untuk jadi PM - Tuan Ibrahim
PAS menafikan Muafakat Nasional tidak mempunyai calon berkelayakan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kerana menyokong pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin.