awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: X Society manfaatkan Astro BizOne di tengah kesibukan kota
Letupan di Selatan Thailand: KPDN tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan
Pengarah syarikat didenda RM50,000 kemuka dokumen palsu pemutihan warga asing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkembangan hari ke-16 Ops Daulat

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2013
15:31 MYT
Perkembangan hari ke-16 Ops Daulat
Lapan lelaki Filipina telah didakwa di Mahkamah Majistret sementara di ibu pejabat polis Lahad Datu kerana melancarkan perang terhadap Yang Pertuan Agong dan penglibatan dalam aktiviti keganasan. Suspek yang berusia antara 17 dan 67 tahun telah didakwa bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas dan di bawah Seksyen 121 akta yang sama kerana melancarkan perang terhadap Yang Pertuan Agong. Ia adalah tuduhan pertama yang sedang dijalankan di tengah-tengah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Kes itu bagaimanapun telah dipindahkan kepada ke Mahkamah Tinggi Tawau. Dalam perkembangan yang sama juga, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bedah siasat pada 28 mayat pengganas Sulu telah siap dan untuk mengelakkan faktor kesihatan dan ruang yang tidak mencukupi di rumah mayat Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau, semua mayat akan dikebumikan di lokasi sementara yang tidak didedahkan. Selain itu, Ketua Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi ‘mopping-out'oleh pasukan keselamatan di kawasan kampung Tanjung Batu akan mengambil beberapa hari lagi sebelum penduduk kampung dibenarkan untuk kembali ke rumah-rumah mereka. Pada masa yang sama juga, satu mayat musuh telah ditemui dan ia dipercayai bahawa lelaki itu dibunuh semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 6 Mac. Mayat tersebut akan diambil keluar dari kawasan itu hari ini.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#operasi daulat
#Ops Daulat
#Sabah
#Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan