SEREMBAN: Institusi pengajian awam dan swasta disaran melaksanakan program pasport keselamatan agar para pelajar mereka lebih berdaya saing dan bersedia untuk menyertai tempat kerja yang mempunyai risiko tinggi.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata, institusi terbabit boleh mengadakan kolaborasi strategik dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk melaksanakan program pasport keselamatan di dalam kampus sebelum pelajar tamat pengajian.
"Sesetengah tempat kerja yang berisiko menetapkan pelbagai syarat seperti keperluan mendapatkan pasport keselamatan.
"Jika program seperti ini dijalankan di kolej awam dan swasta, para pelajar akan mendapat pengiktirafan yang diperlukan sebelum masuk ke alam pekerjaan," katanya selepas merasmikan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Belia Seremban di Kolej Tafe Seremban di sini hari ini.
Turut hadir pengarah eksekutif NIOSH Ayop Salleh, Senator Datuk Dr. Nelson Renganathan dan Pengurus Kolej Tafe Seremban Datuk Ibrahim Shah.
Sivakumar berkata untuk permulaan, kerajaan akan menggalakkan program tersebut dilaksanakan secara sukarela sebelum membuat kajian untuk mewajibkannya.
"Kita akan lihat sambutan terlebih dahulu dan program sebegini juga harus merangkumi industri yang mungkin kelihatan tidak merbahaya," katanya.
Beliau berkata program latihan berkaitan KKP perlu ditingkatkan kerana tahap kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja masih belum memuaskan.
Terdahulu, dalam ucapannya Sivakumar berkata, program latihan dan kesedaran perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, seperti yang dirancang di bawah Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP 25).
Menurut beliau, kerjasama strategik di antara NIOSH dengan pihak terbabit membolehkan kedua-dua pihak berkongsi kepakaran, tenaga pengajar serta kemudahan seperti makmal penyelidikan, hangar dan bilik latihan.
“Saya dimaklumkan, pihak NIOSH mempunyai ramai pakar teknikal dalam pelbagai bidang KKP selain pelbagai kemudahan yang ditawarkan di lima pejabat wilayah, 12 pejabat satelit dan 13 makmal bertaraf antarabangsa,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa hubungan harmoni antara Kerajaan Pusat dan Negeri di bawah payung perpaduan memudahkan usaha untuk melaksanakan inisiatif di bawah kerangka Ekonomi MADANI, yang merangkumi ikhtiar untuk perlindungan sosial semua rakyat, pekerjaan dengan gaji bermakna serta perkongsian kekayaan bagi membina sebuah masyarakat yang lebih saksama dan sejahtera.
Astro Awani
Fri Aug 11 2023
SIvakumar (dua dari kanan) semepna perasmian Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Belia Seremban di Kolej Tafe Seremban.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Perkenal program pasport keselamatan di institusi pengajian awam dan swasta
Sesetengah tempat kerja yang berisiko menetapkan pelbagai syarat seperti keperluan mendapatkan pasport keselamatan.
Majikan diseru hantar pekerja dapatkan pasport keselamatan
Majikan dan pihak industri diseru agar menghantar lebih ramai pekerja tempatan mahupun asing mendapatkan pasport keselamatan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
PLUS perkenal Pasport Keselamatan operasi lebuh raya
Inisiatif memperkenalkan EOSP ini dipercayai mampu mengorak langkah bagi membudayakan dan meningkatkan amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam industri lebuh raya secara amnya.