Perkenalkan akta anti-diskriminasi gaji, gaji bulan ke-13 - Penganalisis

Pakar menggesa undang-undang anti-diskriminasi gaji, gaji bulan ke-13, serta perubahan budaya kerja untuk elak kesan negatif ekonomi gig. - Gambar fail/AFP
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperkenalkan undang-undang berkaitan anti-diskriminasi gaji untuk mengekang amalan pemberian gaji berasaskan kaum atau geografi dalam negara.
Ringkasan AI
- Pakar cadang kerajaan wujudkan undang-undang anti-diskriminasi gaji dan wajibkan pembayaran gaji bulan ke-13 seperti negara maju.Amaran terhadap kesan jangka panjang ekonomi gig jika graduan hanya bergantung kepada kerja sementara, bukan bidang kelulusan mereka.Majikan digesa ubah mentaliti lama dan adaptasi budaya kerja moden seperti had waktu kerja untuk kekalkan bakat muda.
“Ekonomi gig adalah baik, tetapi untuk jangka masa panjang ia akan beri kesan negatif jika anak muda dan graduan memilih ekonomi gig semata-mata. Mereka ada kelulusan dan kelayakan; perakaunan, kewangan, kejuruteraan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknikal & Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus pula berpandangan majikan juga perlu melupakan cara fikir pengurusan sumber manusia yang lapuk untuk memastikan bakat-bakat muda dapat terus menyumbang kepada organisasi secara efektif.
"Di media sosial turut dipelopori (idea mengenai) kerja lima hari seminggu sahaja, selepas pukul lima petang tidak perlu jawab mesej (kerja) dan sebagainya, akan menjadi cabaran kepada majikan-majikan yang masih berada dalam kerangka fikir lama; iaitu pekerja boleh dikerah 24 jam supaya mereka sumbang sepenuhnya kepada pendapatan syarikat,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


