Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Keningau menyelesaikan tuntutan faedah dua waris pencarumnya berjumlah RM66,086.72 sen yang masing-masing tertangguh selama 24 tahun dan lima tahun.
Lumah Binsaluk, waris kepada mandiang Ansat @ Ansapat Andaku @ Anduto seorang pekerja buruh yang meninggal dunia pada tahun 1993 disebabkan serangan tekanan darah tinggi menerima cek bernilai RM33,602.78 dan geran pencen sebanyak RM255.67.
Jaminah Paling iaitu waris kepada bekas pekerja pengawal keselamatan, Savarinus Tamalang yang meninggal dunia pada 2012 disebabkan jangkitan bakteria pula menerima cek bernilai RM32,483.94 dan geran pencen RM475 sebulan.
Cek tuntutan faedah berkenaan diserahkan oleh Pengurus Perkeso Keningau Rijal Jamaluddin.
"Seluruh warga Perkeso bangga dengan kejayaan ini. Ia adalah hasil daripada usaha melalui Skuad Perkeso yang diaktifkan di Keningau awal bulan ini," kata Rijal kepada Bernama pada majlis Penerimaan Cek Faedah Pencen kepada kedua-dua waris di sini.
Rijal berkata siasatan pihaknya mendapati waris tidak mengetahui fungsi Perkeso, selain keliru sama ada penyakit yang mengorbankan nyawa suami mereka tersenarai dalam perlindungan agensi itu.
"Waris juga menghadapi masalah dokumentasi. Melalui perkhidmatan yang dijalankan oleh Skuad Perkeso, segala masalah yang dihadapi oleh waris dapat diselesaikan," katanya.
Sementara itu, Rijal berkata sehingga September 2017, agensi itu merekodkan sebanyak 298 tuntutan kes faedah melibatkan pembayaran berjumlah RM650,957.38.
Katanya bayaran faedah berkenaan melibatkan kes tuntutan Hilang Upaya Sementara sebanyak RM92,247.23, Hilang Upaya Kekal (RM320,200.05), Faedah Orang Tanggungan (RM9,658.49), Faedah Pengurusan Mayat (RM67,500.00, 47), Faedah Pemulihan (RM20,606.84), Faedah Perubatan (RM1,375), tuntutan pencen ilat dan pencen penakat (RM139,369.77).
"Fokus dan matlamat kami ialah untuk menjaga kebajikan pekerja, membantu waris-waris pencarum yang menghadapi masalah tuntutan...sebab itu saya berulang menasihatkan majikan agar mendaftarkan industri serta pekerja mereka kepada agensi ini bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga," katanya.
Katanya Perkeso telah mengenal pasti majikan yang belum mendaftarkan industri serta pekerja kepada agensi itu dan menasihatkan agar berbuat demikian dengan kadar segera sebelum sebarang tindakan diambil.
Menurutnya sehingga Jun tahun ini, sebanyak 13 kompaun bernilai RM10,000 telah dikeluarkan ke atas majikan yang gagal mendaftar pekerja dan perusahaan kepada Perkeso.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2017
PERKESO Keningau menyelesaikan tuntutan faedah dua waris pencarumnya berjumlah RM66,086.72 sen yang masing-masing tertangguh selama 24 tahun dan lima tahun.- Gambar Fail.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau
Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.
Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.
Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.
Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Anak dituduh mencuri punca lelaki maut
Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024
Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok pada Sabtu.
Tumpahan gam: Penduduk dinasihat tidak gunakan air Sungai Bariawa dan Pegalan
Penduduk dinasihatkan tidak menggunakan air dari Sungai Bariawa dan Sungai Pegalan di sini susulan kejadian tumpahan gam.