awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso sedia 400,000 peluang pekerjaan buat gelandangan - Saravanan

Fareez Azman
Fareez Azman
18/04/2022
09:07 MYT
Perkeso sedia 400,000 peluang pekerjaan buat gelandangan - Saravanan
Peluang yang disediakan itu melibatkan bengkel latihan reskiling dan upskiling bagi gelandangan yang ingin mendapatkan pekerjaan baharu, kata M Saravanan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 400,000 peluang pekerjaan disediakan buat golongan gelandangan di seluruh negara menerusi inisiatif sifar gelandangan Program Penempatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama My Qaseh.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, peluang yang disediakan itu melibatkan bengkel latihan reskiling dan upskiling bagi gelandangan yang ingin mendapatkan pekerjaan baharu.
Kata beliau, inisiatif ini memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap seluruh masyarakat Tambah Saravanan, pendekatan itu amat penting dalam memastikan golongan terbabit tidak tercicir dalam arus pembangunan negara sekali gus dapat meningkatkan tenaga kerja tempatan.
Saravanan berkata, setiap gelandangan akan ditemu bual terlebih dahulu sebelum diberi latihan mengikut kemahiran mereka.
"My Qaseh akan berikan latihan kepada mereka dalam bidang tertentu dan menjadi orang tengah antara majikan dan gelandangan. Sebelum ini Kementerian Wilayah telah memberikan tempat penginapan untuk mereka, kini kita bawa mereka ke satu tahap lebih tinggi menerusi My Future Job dan My Qaseh," katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Sifar Gelandangan menerusi Program Penempatan Pekerjaan Perkeso.
Dalam majlis yang sama, Saravanan turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Perkeso dan MY Qaseh di ibu negara pada Isnin.
Topic Berkaitan
#My Qaseh
#perkeso
#gelandangan
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan