awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhalusi cadangan perketat kandungan media sosial berkaitan liberalisme, murtad - Dr Zulkifli

Aida Aziz
Aida Aziz
12/08/2020
06:03 MYT
Perhalusi cadangan perketat kandungan media sosial berkaitan liberalisme, murtad - Dr Zulkifli
Zulkifli ketika hadir pada Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Daerah Kinta di RPS Kampung Orang Asli Sri Makmur Ulu Kinta di sini hari ini.
Kerajaan sedia bekerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memperhalusi cadangan untuk memperketat kandungan yang dimuat naik di media sosial yang kini dilihat menjurus kepada pandangan yang bertentangan dengan ajaran Islam, khususnya dari golongan liberal dan murtad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri menegaskan pihaknya juga sedia untuk mengadakan sesi dialog dengan golongan liberal dan murtad yang mempunyai kemusykilan berkaitan agama Islam.
"Yang itu perlu kepada perbincangan lebih lanjut lagi. Kami akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara, begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Sebahagiannya kami telah bincang, tetapi lebih tepat lagi perlu diperhalusi pelbagai isu dan solusi yang lain.
"InsyaAllah kita akan cuba kemukakan sebuah jawapan, apa-apa yang berkaitan dengan kekeliruan tentang Islam, untuk diberi pencerahan dan penerangan kepada masyarakat. Kita sedia berdialog dan berbincang dengan harmoni supaya masing-masing dapat hormati satu sama lain," katanya.
Dr Zulkifli berkata demikian hari ini sebagai mengulas isu berkaitan golongan liberal dan murtad yang dilihat semakin berleluasa dan berani mengeluarkan pendapat bertentangan dengan Islam di media sosial.
Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli Daerah Kinta Negeri Perak di Rancangan Pengumpulan Semula, Kampung Orang Asli Sri Makmur, di Ulu Kinta, dekat sini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, Mohd Akmal Kamarudin.
Topic Berkaitan
#dialog
#Islam
#kandungan
#liberal
#media sosial
#murtad
#Zulkifli Mohd Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan