Usaha kerajaan Sarawak memperketatkan kerja-kerja pemantauan di kawasan pedalaman dilihat sebagai langkah proaktif dalam menangani penularan COVID-19.

Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, usaha kerajaan negeri itu juga dapat memastikan Sarawak itu terkawal daripada pencerobohan yang boleh membawa ancaman penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, apa yang menjadi kebimbangan adalah pencerobohan warga asing melalui laluan tikus di kawasan Long Singut.

“Dengan peluang ini ingin saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kerajaan negeri kerana prihatin akan masalah di pedalaman.

“Jadi usaha sebegini banyak membantu dalam menjaga keselamatan, daripada masalah merebaknya virus ini dan masalah-masalah lain," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.

BACA: Sarawak perhebat kawalan sempadan termasuk laluan tikus di Long Singut

BACA: Dua juta topeng muka tiba di Sarawak, tumpuan agihan kepada zon merah

BACA: Wanita 23 tahun korban terbaharu COVID-19 di Sarawak