Malaysia mencatatkan sejarah sebagai negara pertama menjadikan perkhidmatan 'e-hailing' seperti Grabcar dan Uber sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.
Peruntukan bagi mengawal selia perkhidmatan 'e-hailing' itu menjadi kenyataan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat, pada Khamis.
"Ini merupakan kali pertama penyedia e-hailing dikawal selia... bermaksud setiap pihak sedang memerhatikan kita sekarang. Setakat ini tiada (negara) mengawal selianya.
"Jadi bagaimana anda akan menguatkuasakannya? Perlu kawal selianya terlebih dahulu bagi membolehkan ia dikuatkuasakan. Jadi, sejarah telah tercipta bagi Malaysia dan negara-negara lain sedang memerhatikan kita sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas menggulung kedua-dua RUU berkenaan di Dewan Rakyat.
Nancy berkata dengan kelulusan RUU itu, pemandu e-hailing di Semenanjung kini tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) manakala di Sabah dan Sarawak di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Kedua-dua RUU itu turut menetapkan segala syarat-syarat yang dikenakan kepada pemandu teksi, kini akan turut terpakai kepada pemandu kenderaan 'e-hailing' termasuk pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu.
Mengulas lanjut, Nancy berkata pengendali perkhidmatan berkenaan diberi tempoh sehingga setahun untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.
Beliau berkata dengan kelulusan RUU berkenaan, segala aduan berkenaan perkhidmatan 'e-hailing' sama ada daripada pengendali, pemandu atau pengguna perkhidmatan boleh dilaporkan kepada SPAD dan LPKP secara rasmi.
Terdahulu, semasa menggulung RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Nancy berkata pada masa ini tidak perlu diwujudkan satu tribunal untuk mengendalikan segala aduan pengendali perkhidmatan 'e-hailing' dan teksi, sepertimana dicadangkan dalam perbahasan oleh beberapa Anggota Parlimen.
"Penubuhan tribunal satu perkara yang tidak diperlukan sebab sudah wujud mekanisme sama (jabatan aduan SPAD)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2017
Nancy berkata dengan kelulusan RUU itu, pemandu e-hailing di Semenanjung kini tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) manakala di Sabah dan Sarawak di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Sebanyak 2,288 stesen pengecas EV dipasang sehingga Mac 2024
Sebanyak 268 stesen pengecas kereta elektrik (EV) telah beroperasi, menjadikan jumlah terkumpul Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 sebanyak 2,288 unit.
Jasad Mutang Tagal tiba di Miri untuk penghormatan terakhir
Wartawan Rudi Affendi Khalik melaporkan jasad Yang Di Pertuan Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal selamat tiba di Miri, untuk upacara penghormatan terakhir sebelum dikebumikan pada Isnin.
KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UNIMAP
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi tadi.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
Lawatan PM ke Qatar medan terbaik bincang kekejaman Zionis
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawat Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Isnin, dijangka menjadi medan terbaik untuk Malaysia memahami perkembangan terkini di Gaza yang disifatkan semakin meruncing susulan kekejaman berterusan rejim Zionis.
Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah ketika lawatan rasmi Anwar ke Riyadh, Arab Saudi bulan lepas, yang turut berkisar mengenai konflik berkenaan.
Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah ketika lawatan rasmi Anwar ke Riyadh, Arab Saudi bulan lepas, yang turut berkisar mengenai konflik berkenaan.
10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar
Kebakaran pada 3.30 pagi itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki berkenaan musnah 70 peratus.
AWANI Ringkas: Ringgit diniagakan berhati-hati
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
Cortana langgar paten, Microsoft diarah bayar ganti rugi AS$242 juta
Saman difailkan pada tahun 2018 tetapi hanya mula dibicarakan seminggu lalu.
Apple dilapor semakin hampir dalam kerjasama guna teknologi OpenAI pada iOS 18
Selain OpenAI, Apple turut berbincang bersama Google untuk penggunaan Gemini pada iOS 18, tetapi masih belum mencapai tahap perbincangan seperti OpenAI setakat ini.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.